Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Jepun berjaya lancar kapal angkasa kargo tanpa juruterbang ke Stesen Angkasa Antarabangsa
  • TEKNOLOGI

Jepun berjaya lancar kapal angkasa kargo tanpa juruterbang ke Stesen Angkasa Antarabangsa

Utusan Sarawak 20 hours ago
ROKET H3 oleh Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA), yang membawa kapal angkasa pemindahan kargo HTV-X baharu, dilancarkan dari Pusat Angkasa Tanegashima di Minamitane, pulau Tanegashima, selatan Jepun, hari ini.

TOKYO: Jepun berjaya melancarkan kapal angkasa kargo tanpa pemandu terbaharunya hari ini menggunakan roket pelancar H3 dari sebuah pusat angkasa di pulau barat daya negara itu bagi menghantar bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor Agensi Berita Kyodo.

Kapal angkasa HTV-X itu mempunyai kapasiti muatan maksimum sebanyak enam tan, iaitu 1.5 kali ganda lebih besar berbanding kapal angkasa terdahulu, Kounotori, yang pernah menghantar bekalan ke ISS sebanyak sembilan kali antara 2009 dan 2020, menurut Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA).

Kapal angkasa itu dijangka tiba di ISS pada Khamis ini dan akan kekal di situ selama enam bulan sebelum melakukan penerbangan orbit untuk menjalankan ujian demonstrasi teknologi selama tiga bulan.

Pelancaran di Pusat Angkasa Lepas Tanegashima, yang pada asalnya dijadualkan pada Selasa lepas, terpaksa ditangguhkan akibat cuaca buruk.

Dengan fungsi bekalan kuasa yang baharu ditambah, HTV-X kini mampu membawa sampel eksperimen yang perlu disimpan pada suhu rendah semasa penghantaran.

Dua penggalak tambahan turut dipasang pada roket H3, yang kini dilengkapi dengan dua enjin utama dan empat penggalak. Jepun menyasarkan untuk memenuhi permintaan pelanggan pada masa depan dengan keupayaan membawa pelbagai satelit dalam satu roket yang dilancarkan.

-Bernama

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar jana 10,000MW tenaga hijau menjelang 2030 – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.