Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Jeon Hye-bin rugi 15 juta Won, kad kredit dicuri di Bali
  • HIBURAN

Jeon Hye-bin rugi 15 juta Won, kad kredit dicuri di Bali

Utusan Sarawak 4 days ago
JEON Hye-bin memuat naik gambar peta kawasan Ubud, sebuah destinasi pelancongan popular di Bali, sambil memaklumkan bahawa kad kreditnya telah dicuri di kawasan itu.

SEOUL: Pelakon terkenal Korea Selatan, Jeon Hye-bin, mengalami kerugian sebanyak 15 juta won (sekitar RM53,000) selepas kad kredit miliknya dicuri ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Jeon menerusi satu hantaran di media sosial pada 1 Oktober lalu.

Menerusi hantaran tersebut, beliau memuat naik gambar peta kawasan Ubud, sebuah destinasi pelancongan popular di Bali, sambil memaklumkan bahawa kad kreditnya telah dicuri di kawasan itu.

“Kad saya telah dicuri di kawasan ini. Caj sebanyak 15 juta won telah dikenakan,” tulis Jeon.

Pelakon itu turut memberi amaran kepada para pengikutnya agar lebih berhati-hati jika berada di Ubud atau merancang untuk melancong ke sana dalam masa terdekat.

Menurutnya, insiden itu berlaku hanya 10 minit selepas beliau menyedari kehilangan kad tersebut.

Difahamkan, Jeon berada di Bali bersama keluarganya bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak lelakinya yang ketiga.

“Kami berkahwin di sini sebagai pasangan, dan kini kami kembali sebagai keluarga bertiga. Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran anak saya yang ketiga dan juga ulang tahun ketiga saya bergelar seorang ibu,” katanya dalam satu perkongsian lain yang turut menggambarkan keterujaan dan nilai sentimental percutian tersebut.

Jeon Hye-bin memulakan karier seni pada tahun 2002 sebagai anggota kumpulan wanita ‘LUV’.

Beliau kemudian mengukuhkan namanya sebagai pelakon dan dikenali sebagai penghibur serba boleh menerusi kemunculannya dalam pelbagai program hiburan dan drama bersiri seperti Witch’s Play, Another Oh Hae-young, OK Kwang Sisters, dan Esquire.

Pada tahun 2019, beliau mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor gigi yang tiga tahun lebih tua, dan melahirkan seorang anak lelaki pada September 2022.

Continue Reading

Previous: Konsert Fenomena ‘Search VS XPDC’: Dua legenda bakal gegarkan Stadium Sarawak
Next: Penyanyi CMAT batalkan konsert akibat sakit gigi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.