Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Jentera berat musnah terbakar di Sarikei
  • KEBAKARAN

Jentera berat musnah terbakar di Sarikei

Utusan Sarawak 14 hours ago
PADAM KEBAKARAN….Anggota bomba memadamkan kebakaran jentera berat perata jalan. -Foto BBP Sarikei 
 

SARIKEI: Sebuah jentera berat perata jalan telah musnah dalam kebakaran pada petang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, panggilan kecemasan diterima oleh pihaknya pada 5.36 petang. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Kilok Lampas bergerak ke lokasi di Jalan Merudu Baru, berhampiran Hospital Sarikei. 

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah jentera berat Roller Compactor Hamm 410 sedang terbakar,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, komander operasi membuat pemeriksaan dan seterusnya mengarahkan anggota bomba membuat pemadaman menggunakan dua aliran kekili hos dari tangki jentera bomba. 

“Kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh lebih kurang 26 minit. 

“Operasi memadam kebakaran jentera berat perata jalan ditamatkan sepenuhnya pada 6.10 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bantuan awal digerakkan bantu lima keluarga terjejas akibat kebakaran
Next: Hos tong gas terbakar, pemilik rumah bertindak cekap padamkan api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.