Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jenazah Tuah Bujang selamat dikebumikan pagi tadi
  • Selatan
  • WILAYAH

Jenazah Tuah Bujang selamat dikebumikan pagi tadi

Utusan Sarawak 4 days ago
JENAZAH Allahyarham Tuah Bujang, 57, iaitu mangsa tragedi bot karam di perairan Kabong, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kabong, pagi tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Suasana suram menyelubungi di Tanah Perkuburan Islam Kabong apabila jenazah Allahyarham Tuah Bujang, 57, iaitu mangsa tragedi bot karam di perairan Kabong, selamat dikebumikan pagi tadi.

Jasad Allahyarham ditemui pada Sabtu lalu sekitar 9.58 pagi, kira-kira 3.4 batu nautika dari perairan Kabong. 

Semalam, pihak Jabatan Forensik Hospital Saratok mengesahkan identiti mangsa sebelum diserahkan kepada keluarga terdekat bagi urusan pengebumian.

Walaupun jenazah selamat dikebumikan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan anak lelaki mangsa, Muhammad Aiman Tuah, 24, yang masih belum ditemui sehingga kini.

Masyarakat setempat dilihat hadir memberikan sokongan moral kepada keluarga Allahyarham, sementara pasukan penyelamat terus berusaha menjejak mangsa yang hilang.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir ketika dihubungi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

JENAZAH Allahyarham Tuah Bujang, 57, iaitu mangsa tragedi bot karam di perairan Kabong, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kabong, pagi tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Beliau juga berharap misi pencarian anak mangsa, Muhammad Aiman Tuah, 24, dapat diselesaikan dengan segera serta menyeru keluarga Allahyarham agar terus tabah menghadapi dugaan ini.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kelima hari ini masih belum menemui sebarang petunjuk berkaitan kehilangan Muhammad Aiman. 

Pasukan penyelamat bersama masyarakat setempat terus giat melaksanakan pencarian di kawasan perairan Kabong.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka komited sokong pembangunan sukan dan aktiviti komuniti
Next: Sengkuap baharu rumah panjang bernilai RM80,000 siap dibina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.