Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jenazah suami Nancy Shukri disolatkan di Masjid Negara sebelum dibawa pulang ke Kuching
  • SEMASA

Jenazah suami Nancy Shukri disolatkan di Masjid Negara sebelum dibawa pulang ke Kuching

Utusan Sarawak 8 hours ago
JENAZAH Datuk Kamil Misuari, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, dibawa ke Masjid Negara malam ini bagi penghormatan terakhir dan solat jenazah sebelum diterbangkan ke Sarawak untuk urusan pengebumian.

KUALA LUMPUR: Jenazah Datuk Kamil Misuari, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, dibawa ke Masjid Negara malam ini bagi penghormatan terakhir dan solat jenazah sebelum diterbangkan ke Sarawak untuk urusan pengebumian.

Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pengurusan jenazah bermula dengan proses mandi jenazah di Hospital Ampang pada 9.00 malam.

Menurut kenyataan itu, jenazah dibawa ke Masjid Negara pada 10.00 malam bagi membolehkan ahli keluarga serta kenalan terdekat memberikan penghormatan terakhir.

“Solat jenazah dijadualkan berlangsung pada 10.50 malam. Selesai disolatkan, jenazah akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11.20 malam untuk diterbangkan ke Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Tinjauan Bernama di Jabatan Forensik Hospital Ampang mendapati ahli keluarga dan rakan terdekat Allahyarham telah berkumpul di hospital berkenaan, termasuk Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak Jumaat lepas sebelum kesihatannya semakin merosot tengah hari tadi.

Ahli keluarga dari Lahad Datu, Sabah turut berada di ibu negara bagi menziarahi Allahyarham buat kali terakhir. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Toh Puan Fauziah terima kunjungan delegasi ICACA 2026 UNIMAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.