Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Jenazah seniwati Sophia Ibrahim selamat dikebumikan
  • HIBURAN

Jenazah seniwati Sophia Ibrahim selamat dikebumikan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAKAN-rakan dan ahli keluarga terdekat hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Seniwati Sophia Ibrahim yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah selepas solat jenazah di Surau Al-Hijrah, Batu Caves, hari ini. Sophia menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun di sebuah hospital swasta pada 7.15 malam (5 Mei) akibat asma. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jenazah seniwati Sophia Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda di sini, kira-kira 10.00 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah disolatkan di Surau Al Hijrah, Taman Bolton, Batu Caves kira-kira 9.30 pagi.

Lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, kenalan dan rakan artis hadir memberi penghormatan terakhir termasuk Norlia Ghani, Maimunah Ahmad, Mohamad Mubarak Abdul Majid dan Amran Nasrudin.

Sophia, 77, anak sulung daripada 12 beradik termasuk Datuk Khadijah Ibrahim dan Allahyarham Latif Ibrahim, meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada 7.15 malam tadi akibat asma.

Allahyarham mula aktif dalam dunia lakonan seawal usia 15 tahun menerusi filem Ragam P Ramlee (1964) sebelum menyerlah dengan filem seperti Dr Rushdi, Cinta 200 Ela, Pontianak Harum Sundal Malam dan Puteri Impian.
Sementara itu, Khadijah berkata kakaknya kerap mengalami serangan asma kebelakangan ini, namun tidak menunjukkan tanda sakit yang serius.

Beliau berkata kakaknya itu juga gemar menghabiskan masa bertemu sahabat handai seolah-olah mahu mengucapkan selamat tinggal.

“Dia asyik berjumpa kawan-kawan…tiap-tiap hari ada saja perjumpaan. Macam dia nak ucap selamat tinggal. Tapi saya bersyukur, saya dapat pulang dari Sabah awal pagi tadi untuk lihat jenazah buat kali terakhir,” katanya. — Bernama

Continue Reading

Previous: Kotak & Marcello Tahitoe gegar Sabah Jun ini
Next: Sahmura Empayar Melaka antara tiga persembahan di Panggung Bangsawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.