Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jenazah isteri Premier Sarawak selamat dikebumikan
  • SEMASA

Jenazah isteri Premier Sarawak selamat dikebumikan

Utusan Sarawak 21 hours ago
JENAZAH Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, isteri kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya di sini pada 1.52 tengah hari ini. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

PETRA JAYA: Jenazah Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, isteri kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya di sini pada 1.52 tengah hari ini.

Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Jamek Negeri dipimpin Imam Besar Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi dan dihadiri ahli keluarga, pemimpin negeri dan persekutuan serta orang ramai.

Sejurus selesai disolatkan, jenazah Juma’ani dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini untuk dikebumikan.

Turut mengiringi jenazah, Abang Johari bersama dua anaknya Abang Abdillah Izzarim dan Dayang Norjihan, cucu serta ahli keluarga terdekat.

Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, 76, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini.

Allahyarhamah merupakan anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak kedua Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.

Beliau dikenang sebagai seorang tokoh wanita yang berdedikasi, rendah hati dan banyak menyumbang dalam kerja kebajikan serta kemasyarakatan di Bumi Kenyalang.

–Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Petronas LNG, JOGMEC dari Jepun meterai MOC perluas kerjasama sektor LNG
Next: Malaysia terus perkukuh perkhidmatan awam -TPM Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.