Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jenazah bekas Panglima ATM Tun Dr Mohamed Hashim selamat disemadikan
  • NASIONAL

Jenazah bekas Panglima ATM Tun Dr Mohamed Hashim selamat disemadikan

Utusan Sarawak 1 week ago
JENAZAH bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tun Dr Mohamed Hashim Mohd Ali yang meninggal dunia hari ini, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, Sungai Besi, di sini pada pukul 10.30 malam. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tun Dr Mohamed Hashim Mohd Ali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, Sungai Besi di sini, malam ini.

Allahyarham, yang meninggal dunia pada usia 90 tahun akibat serangan strok di sebuah hospital swasta pada pukul 11.52 pagi tadi, disemadikan kira-kira pukul 10.30 malam dengan penuh istiadat ketenteraan.

Upacara pengebumian Panglima ATM ke-9 itu dihadiri kira-kira 560 pegawai dan anggota ATM, selain disertai istiadat penghormatan peringkat tertinggi.

Pada istiadat berkenaan, Panglima ATM Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar menyerahkan Jalur Gemilang kepada anak sulung Allahyarham, Ibrahim Mohamed Hashim, sebagai tanda penghargaan atas jasa bakti beliau sepanjang perkhidmatan dalam angkatan tentera.

Jenazah Allahyarham disemadikan berhampiran pusara isterinya, Puan Sri Majmim Yahya, yang meninggal dunia pada 21 Mei 2021.

Terdahulu, jenazah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta beberapa bekas Panglima ATM, antaranya Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affendi Raja Mohamed Nor.

Isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang juga kakak kepada Allahyarham, turut hadir.

Allahyarham meninggalkan tiga anak dan lima cucu.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pemandu e-hailing sepenuh masa layak BUDI95 mulai 15 Oktober ini
Next: Misi GSF: ‘See You In Jail’ antara mesej diterima peserta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.