Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jenayah siber meningkat semasa PKP
  • NASIONAL

Jenayah siber meningkat semasa PKP

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 2 Julai -- Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin bersama para pengusaha vendor di Malakat Mall sambil disaksikan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan (kanan) hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TIMBALAN Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin bersama para pe-ngusaha vendor di Malakat Mall sambil disaksikan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan (kanan) semalam. • Foto BERNAMA

CYBERJAYA: Sebanyak 3,906 aduan dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 dalam tempoh 18 Mac hingga 30 Jun tahun ini ketika pelaksanaan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), meningkat lebih 90 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kes yang dilaporkan termasuk gangguan siber, penipuan, pencerobohan, percubaan pencerobohan dan spam, yang kebanyakannya berlaku di kawasan bandar yang mempunyai kelajuan internet yang tinggi ketika PKP.

“Pelbagai jenis aduan telah datang kepada kami dengan corak modus operandi yang pelbagai termasuk pakej promosi ejen-ejen yang mengaku mereka dari syarikat telco yang tidak telus,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan memorandum aduan pengguna perkhidmatan telekomunikasi dan jenayah siber oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  di sini semalam.

Pusat Bantuan Cyber999 kendalian MyCERT  di bawah CyberSecurity Malaysia memberikan tindak balas kecemasan mengenai hal berkaitan keselamatan komputer seperti gangguan siber, perisian hasad, pencerobohan, cubaan penggodaman dan pelanggaran keselamatan maklumat lain.

Menurut Zahidi, ada pakej tawaran menjanjikan pelbagai kemudahan percuma tetapi dalam beberapa bulan, bil melambung sehingga mencecah RM5,000.

“Kebanyakan mangsa adalah para pelajar sehingga ada yang disenaraihitamkan kerana tidak mampu membayar bil,” katanya.

Isu penipuan siber juga melibatkan penggunaan data peribadi dalam  media siber, penipuan siber, penipuan pinjaman mudah dalam talian.

Zahidi menegaskan kerajaan memandang serius isu jenayah siber termasuk kes penipuan dalam talian dan  judi dalam talian haram. Perbincangan melibatkan  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, CyberSecurity dan syarikat swasta telah diadakan bagi mereka mengambil peranan dalam mengekang jenayah siber yang semakin berleluasa. – Bernama

Continue Reading

Previous: Enam anggota kumpulan ‘Satay’ ditahan
Next: Contoh kejayaan Muafakat Nasional

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.