Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Jenayah indeks di Sibu turun 36.44 peratus sepanjang 2025
  • JENAYAH

Jenayah indeks di Sibu turun 36.44 peratus sepanjang 2025

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota Perhimpunan Bulanan IPD Sibu bagi Januari.

SIBU: Statistik jenayah indeks di Daerah Sibu menunjukkan penurunan ketara sebanyak 36.44 peratus sepanjang 2025.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, jumlah kes jenayah indeks menurun daripada 697 kes pada 2024 kepada 443 kes pada 2025.

“Penurunan ini membuktikan keberkesanan usaha berterusan pihak polis bersama sokongan masyarakat dalam membanteras jenayah kekerasan, jenayah harta benda dan jenayah terancang di Daerah Sibu,” katanya pada Perhimpunan Bulanan IPD Sibu bagi Januari, hari ini.

Beliau berkata, prestasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sibu turut menunjukkan peningkatan memberangsangkan sepanjang tahun lalu.

“Pada 2025, seramai 1,471 individu ditangkap dalam kes berkaitan dadah, meningkat berbanding 1,103 orang pada 2024, dengan 1,040 daripadanya merupakan penagih dadah,” jelasnya.

Menurutnya, nilai rampasan dadah juga meningkat ketara kepada RM924,764 pada 2025 berbanding RM175,946 pada tahun sebelumnya.

“Kejayaan ini bukan sahaja menyelamatkan masyarakat daripada ancaman dadah, malah menyumbang kepada kesejahteraan sosial serta keselamatan generasi akan datang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ACP Zulkipli memaklumkan jumlah kerugian akibat jenayah komersial di Daerah Sibu pada 2025 mencecah lebih RM20 juta.

“Kerugian tertinggi melibatkan kes scam pelaburan, diikuti penipuan e-belian dan tawaran kerja tidak wujud. Situasi ini merupakan isyarat amaran yang tidak boleh dipandang ringan,” tegasnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Menyentuh isu lumba haram, beliau berkata PDRM Sibu telah melaksanakan 59 operasi sepanjang 2025.

“Sebanyak 240 motosikal disita, 1,607 saman dikeluarkan, dan 21 individu ditangkap serta didakwa di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa agar memainkan peranan memantau pergerakan anak-anak bagi mengekang penglibatan dalam kegiatan tidak sihat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Mangsa warga emas rugi RM415,464 terperdaya penipuan telefon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.