Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jemaah tahun 2020 terima kuota haji 2022
  • GLOBAL

Jemaah tahun 2020 terima kuota haji 2022

Utusan Sarawak 3 years ago

KUOTA haji tahun ini akan diberi keutamaan kepada jemaah 2020 yang tertangguh susulan pandemik Covid-19. • Foto AFP

JAKARTA: Kuota haji 2022 akan diberi keutamaan kepada jemaah haji tahun 2020 yang tertangguh susulan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Haji dan Umrah di Kementerian Agama, Hilman Latief berkata, jemaah yang akan berangkat ke tanah suci tahun ini adalah mereka yang berusia bawah 65 tahun.

“Berdasarkan data, kuota haji tahun ini akan diberi kepada jemaah 2020 yang tidak dapat menunaikan haji ketika itu kerana pandemik Covid-19.

 “Kita akan hantar jemaah haji yang berusia bawah 65 tahun,” katanya kepada AFP.

Dalam pada itu, Hilman menjelaskan, had umur jemaah yang dibenarkan menunaikan haji pada tahun ini adalah terhad.

Namun, sekatan kuota berbeza dengan peraturan bagi jemaah umrah.

“Arab Saudi mahu memastikan jemaah tidak mempunyai masalah kesihatan yang berat, kerana pandemik Covid-19 belum hilang sepenuhnya.

“Perkara itu dapat menjamin kelancaran ibadah haji pada tahun ini serta pada masa akan datang,” ujarnya.

Selain itu, Hilman turut memaklumkan kerajaan akan membuat pemilihan calon jemaah untuk menunaikan haji tahun ini.

Katanya, Kementerian Agama juga akan menentukan kos haji yang akan dibayar oleh jemaah.

Sementara itu, Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas menyatakan, Indonesia akan cuba meminta kuota haji tambahan dari Arab Saudi bagi tahun ini.

Jelas beliau, kuota itu mungkin boleh diambil dari negara lain yang jemaahnya lebih sedikit.-AFP

Continue Reading

Previous: Ribut Debu: Puluhan dimasukkan ke hospital
Next: Harga makanan dunia paling mahal Mac 2022

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.