Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jemaah haji perlu aktifkan Kad Debit-i TH sebelum berangkat ke Tanah Suci
  • SEMASA

Jemaah haji perlu aktifkan Kad Debit-i TH sebelum berangkat ke Tanah Suci

Utusan Sarawak 18 hours ago

MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan bakal jemaah haji Malaysia supaya mengaktifkan Kad Debit-i TH masing-masing sebelum berlepas ke Tanah Suci, bagi membolehkan mereka melakukan transaksi pengeluaran wang di sana.

Pengarah Operasi Kewangan TH Shamsul Bahar Shamsudin, berkata kad ini tidak akan berfungsi untuk transaksi di luar negara sekiranya tidak diaktifkan terlebih dahulu.

“Setakat ini, banyak aduan diterima melibatkan kegagalan jemaah mengaktifkan kad mereka semasa masih berada di tanah air.

“Oleh itu, Bank Islam turut menyediakan kaunter khas di balai berlepas, Pusat Konvensyen Movenpick KLIA, Sepang bagi membantu jemaah melakukan pengaktifan kad sebelum berangkat,” katanya ketika ditemui media di sini.

Beliau turut memaklumkan bahawa kadar tukaran wang yang ditawarkan melalui kad itu adalah kompetitif dan tidak dikenakan sebarang caj transaksi.

“Caj transaksi luar negara yang kebiasaannya dikenakan oleh bank-bank tempatan di sini adalah sekitar 10 hingga 15 Riyal Saudi (RM11.50 hingga RM17.18) bagi setiap pengeluaran, namun caj ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Bank Islam.

Jadi, jemaah tidak perlu risau mengenai sebarang caj tambahan semasa membuat pengeluaran,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsul, berkata TH telah merekodkan sebanyak 374 kes berkaitan kad ATM dalam kalangan jemaah haji Malaysia setakat 7 Mei lepas, merangkumi pelbagai isu termasuk pengaktifan kad luar negara, kehilangan kad, kerosakan serta masalah nombor PIN.

“Bagi kes kehilangan kad ATM, jemaah perlu segera ke kaunter TH untuk membuat laporan.

“Kad lama akan ditamatkan serta-merta dan kad baharu akan dikeluarkan. Jemaah hanya perlu hadir ke kaunter bagi menjalani proses penggantian tersebut.

“Sekiranya kehilangan kad berlaku di luar waktu operasi, jemaah boleh memaklumkan perkara itu kepada petugas di maktab masing-masing bagi membolehkan bantuan diberikan walaupun di luar waktu pejabat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan para jemaah agar sentiasa menjaga kad ATM masing-masing sepanjang berada di Tanah Suci bagi mengelakkan kehilangan, kerosakan atau penyalahgunaan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Putrajaya, Sarawak sepakat selesai isu Petronas-Petros secara rundingan -PMO
Next: Imam Masjidil haram ingatkan orang ramai terhadap kempen Haji palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.