Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jemaah haji Indonesia daftar masuk asrama haji 21 April ini
  • GLOBAL

Jemaah haji Indonesia daftar masuk asrama haji 21 April ini

Utusan Sarawak 12 hours ago
Foto hiasan

JAKARTA: Jemaah haji Indonesia dari Sumatera Selatan dan Bangka Belitung dijadual mula memasuki asrama haji pada 21 April ini sebelum berangkat ke Tanah Suci seperti yang ditetapkan di sebalik konflik Asia Barat yang sedang berlaku.

Pemangku Ketua Pejabat Wilayah Sumatera Selatan Kementerian Haji dan Umrah Arkan Nurwahidin berkata seramai 6,589 jemaah haji dari kedua-dua wilayah itu akan berlepas melalui Palembang.

“Sehari sebelum berangkat, jemaah dikehendaki memasuki asrama haji,” katanya di Palembang pada Isnin malam, menurut Agensi Berita Antara.

Arkan berkata kumpulan pertama dijadual berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II pada 22 April ini, dengan pelepasan bagi kesemua 16 kumpulan dari kedua-dua wilayah itu dilaksanakan secara berperingkat sehingga Mei.

Pada 25 Mac, Menteri Haji dan Umrah Mochamad Irfan Yusuf mengesahkan jemaah haji Indonesia bagi musim haji 2026 kekal berangkat ke Tanah Suci seperti yang dijadualkan walaupun konflik berterusan di Asia Barat, tanpa sebarang gangguan dilaporkan terhadap persiapan atau urusan perjalanan.

Mochamad Irfan berkata semua aspek ibadah haji termasuk penginapan dan pengangkutan telah diatur dengan baik, manakala jadual pelepasan kekal tidak berubah dengan kumpulan pertama bakal berlepas pada 22 April. – Bernama

Continue Reading

Previous: China jayakan penerbangan sulung UAV pengangkut kategori tujuh tan
Next: Harga minyak global boleh melonjak lebih tinggi jika konflik di Asia Barat terus meruncing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.