Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jemaah Andalusia dijadual berangkat balik selewat-lewatnya 6 Mac ini
  • SEMASA

Jemaah Andalusia dijadual berangkat balik selewat-lewatnya 6 Mac ini

Utusan Sarawak 11 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Seramai 281 jemaah umrah kendalian Andalusia Travel & Tours yang terjejas susulan pembatalan penerbangan sebelum ini dijadualkan berangkat pulang ke Malaysia selewat-lewatnya pada Jumaat, 6 Mac ini.

Pihak pengurusan Andalusia dalam satu siaran langsung di facebook rasminya memaklumkan, seramai 281 jemaah yang berlepas pada 18 Februari lalu sepatutnya pulang pada 1 Mac, namun tidak dapat diterbangkan berikutan pembatalan penerbangan oleh Malaysia Airlines atas faktor keselamatan serta keputusan pengurusan tertinggi syarikat penerbangan berkenaan.

Bagaimanapun, kesemua jemaah terlibat berada dalam keadaan sihat dan selamat di Makkah serta meneruskan ibadah seperti biasa sepanjang Ramadan.

“Kita difahamkan selewat-lewatnya 6 Mac semua jemaah yang terlibat akan diterbangkan pulang sama ada melalui Malaysia Airlines atau Saudi Airlines. Kita sedang menyusun jadual penerbangan yang bersesuaian,” menurut kenyataan itu.

Pihak Andalusia bagaimanapun menegaskan jemaah umrahnya tidak terkandas di Jeddah seperti didakwa, sebaliknya kekal menginap di hotel di Makkah dalam keadaan selesa dengan penginapan serta makan minum disediakan sepanjang tempoh menunggu.

Dalam perkembangan sama, pihaknya memaklumkan hampir RM1 juta dibelanjakan sebagai kos tambahan bagi memastikan semua jemaah dapat diterbangkan pulang atau berlepas mengikut jadual, termasuk mendapatkan tiket alternatif melalui Saudia sekiranya perlu.

Malam tadi, seramai 82 jemaah dilaporkan selamat berlepas pada jam 2 pagi dan tiba di Jeddah sebelum meneruskan ibadah umrah masing-masing, manakala 48 jemaah lagi dijadual berlepas pada 4 Mac tanpa perubahan tarikh.

Terdapat segelintir jemaah yang memilih menempah tiket sendiri melalui syarikat penerbangan lain seperti AirAsia atas faktor peribadi, namun jumlahnya kecil dan tidak melibatkan kumpulan besar.

Berhubung nasihat perjalanan, pihak Andalusia memaklumkan setakat ini tiada larangan rasmi dari Wisma Putra untuk rakyat Malaysia ke Arab Saudi dan semua operasi umrah berjalan seperti biasa.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Syarikat Umrah susun semula penerbangan, tanggung kos tambahan
Next: Gangguan penerbangan global masuk hari ketiga selepas lapangan terbang dan udara ditutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.