Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jelajah Wira Hijau semarak budaya 3R di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Jelajah Wira Hijau semarak budaya 3R di Miri

Utusan Sarawak 10 hours ago
HADIR…Datuk Bandar  Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang semasa  hadir merasmikan Jelajah Komuniti Wira Hijau 2026 sempena Program Gotong-Royong Kempen Pembersihan Kampung Angkat Agenda Tempatan 21 (LA21)/Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2026 di Taman Piasau Jaya, Miri, hari ini.

MIRI: Amalan menjaga alam sekitar dalam kalangan masyarakat terus diperkasa menerusi pelancaran Jelajah Komuniti Wira Hijau 2026 yang akan menjelajah 15 Kampung Angkat Agenda Tempatan 21 (LA21)/Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di bandar raya ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang, berkata Kampung Piasau Jaya dipilih sebagai lokasi pertama program tersebut yang bertujuan membawa agenda kelestarian secara langsung kepada komuniti agar pembangunan mampan bukan sekadar menjadi dasar, sebaliknya diamalkan dalam kehidupan seharian.

Menurut beliau, pelbagai aktiviti telah disusun, termasuk Kempen Beli Balik: Sisa Menjana Nilai, gotong-royong komuniti, ceramah kesedaran alam sekitar, pertandingan Seni Kitar Guna Kreatif, serta kempen mengurangkan penggunaan plastik sekali guna, polistirena dan penyedut minuman plastik.

“Program ini juga menggalakkan orang ramai membawa botol minuman sendiri selaras dengan konsep Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula (3R) bagi membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar,” katanya ketika melancarkan program tersebut di Taman Piasau Jaya, di sini, hari ini.

Adam Yii berkata kejayaan sesebuah bandar bukan sahaja bergantung pada pembangunan fizikal dan ekonomi, malah turut dinilai berdasarkan tahap keprihatinan terhadap alam sekitar, penglibatan masyarakat serta pembangunan yang inklusif.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua jabatan, agensi, rakan strategik, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti untuk terus berganding bahu menjayakan agenda kelestarian demi menjadikan Miri sebuah bandar raya yang lebih hijau, bersih dan mampan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program KomunitiKu Sayang Siri 7 dekati komuniti luar bandar
Next: Jangan sekadar jadi pemerhati, belia luar bandar digesa rebut peluang ekonomi baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.