Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jelajah Ngiling Bidai DUN Kuala Rajang tamat, bermula sejak 13 Jun
  • Tengah
  • WILAYAH

Jelajah Ngiling Bidai DUN Kuala Rajang tamat, bermula sejak 13 Jun

Utusan Sarawak 13 hours ago
UNTUK ALBUM…. Datuk Len Talif Salleh dan Ir. Yusuf Abd Wahab bergambar bersama penduduk setempat di Dewan Masyarakat Kerubong, semalam. Foto Facebook Datuk Len Talif Salleh

SARIKEI: Jelajah Program Pengerami Ngiling Bidai Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang telah berakhir semalam. 

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, program tersebut bermula sejak 13 Jun lalu.  

“Pagi ini (semalam) program terakhir saya bersama Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab menghadiri jelajah Program Pengerami Ngiling Bidai di Kerubong yang diadakan di Dewan Masyarakat Kerubong.

MERIAH….Antara penduduk yang hadir ke Program Pengerami Ngiling Bidai DUN Kuala Rajang, semalam. Foto Facebook Datuk Len Talif Salleh

“Sepanjang jelajah majlis yang dihadiri sebelum ini, kesemuanya berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat setempat,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya. 

Katanya, sambutan yang meriah seperti ini bukan sahaja mengekalkan warisan budaya, malah mengeratkan hubungan komuniti.

“Semoga majlis sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai lambang perpaduan dan untuk mengeratkan silaturahim dalam komuniti,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular sawa ditemui di belakang rumah berjaya ditangkap
Next: Ngiling Bidai Bawang Assan serlah perpaduan, warisan budaya Iban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.