Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jelajah Jalinan Borneo RMK13, kerajaan dekati rakyat di Simanggang
  • TEMPATAN

Jelajah Jalinan Borneo RMK13, kerajaan dekati rakyat di Simanggang

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Hanifah Hajar Taib semasa menghadiri Jelajah Jalinan Borneo RMK13 yang berlangsung di Bandar Simanggang, hari ini. Foto Hanifah Hajar Taib

SIMANGGANG: Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib hari ini meneruskan siri kedua Jelajah Jalinan Borneo (JJB) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang berlangsung di Bandar Simanggang, hari ini.

Program ini dimulakan dengan Sesi Libat Urus (SLU) melibatkan pakar, pemain industri, badan bukan kerajaan (NGO), organisasi masyarakat sivil (CSO) serta masyarakat setempat.

Sesi tersebut menjadi medium penting bagi membuka ruang dialog dua hala dalam membincangkan keperluan, cabaran dan potensi pembangunan wilayah.

Siri kedua JJB dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) selaku urus setia dengan kerjasama kerajaan Sarawak, Pejabat Daerah Sri Aman dan Majlis Daerah Sri Aman.

DATO Hanifah Hajar Taib semasa menghadiri Jelajah Jalinan Borneo RMK13 yang berlangsung di Bandar Simanggang, hari ini. Foto Hanifah Hajar Taib

Menurut Hanifah, penganjuran JJB adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Ekonomi untuk merapatkan jurang antara rakyat dengan dasar kerajaan, selain menyampaikan maklumat serta menjelaskan intipati RMK13 kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.

“Jelajah ini bukan sahaja memberi peluang kepada rakyat memahami hala tuju pembangunan negara, malah membolehkan kerajaan mendengar sendiri pandangan serta keperluan masyarakat di lapangan,” katanya.

Seperti siri pertama di Keningau, JJB Sri Aman turut menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkukuh perkhidmatan, memperkasakan dasar, serta memastikan pelaksanaan RMK13 memberi impak positif secara menyeluruh demi kesejahteraan rakyat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: JPVS: Vaksinasi dan tindakan segera kunci cegah rabies
Next: Laluan baharu singkatkan perjalanan ke LTAK, kurang kesesakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.