Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jelajah Dunia BWF: Wei Chong-Kai Wun hidupkan peluang slot separuh akhir
  • SUKAN

Jelajah Dunia BWF: Wei Chong-Kai Wun hidupkan peluang slot separuh akhir

Utusan Sarawak 21 hours ago
Foto Facebook Badminton Association of Malaysia.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun menyalakan semula peluang mara ke separuh akhir kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2025 selepas menewaskan pasangan Taiwan Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin pada aksi kedua Kumpulan A hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou itu, Wei Chong-Kai Wun tidak berdepan masalah untuk menang straight set 21-18, 21-19 dalam tempoh 34 minit.

Ini merupakan kemenangan pertama buat pasangan negara itu di kejohanan berkenaan selepas tewas pada aksi pembukaan semalam.

Gandingan ranking empat dunia itu bakal berdepan tugas getir esok apabila menentang pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dalam aksi terakhir Kumpulan A.

Dalam pada itu, nasib berbeza menimpa pasangan beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tewas kepada gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang 14-21, 18-21 dalam tempoh 44 minit.

Keputusan itu meletakkan Aaron-Wooi Yik dalam situasi wajib menang pada perlawanan esok menentang wakil India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty untuk membuka semula peluang mara ke separuh akhir.

Mengikut format kejohanan, dua beregu terbaik setiap kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini.

-BERNAMA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Malaysia raih emas pertama kabaddi di Sukan SEA
Next: Sukan SEA: “Perjuangan kita belum selesai” – CDM Nurul Huda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.