Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Eee Wei, Pearly-Thinaah selangkah ke separuh akhir
  • SUKAN

Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Eee Wei, Pearly-Thinaah selangkah ke separuh akhir

Utusan Sarawak 17 hours ago
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei selangkah lagi untuk mara ke pusingan separuh akhir kejohanan jelajah dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas menumpaskan pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu pada aksi kedua Kumpulan B hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei selangkah lagi untuk mara ke pusingan separuh akhir kejohanan jelajah dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas menumpaskan pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu pada aksi kedua Kumpulan B hari ini.

Juara dunia itu bermula goyah pada set pertama selepas tumpas 17-21, namun bangkit pada dua set berikutnya untuk menang 21-14, 21-15.

Ini merupakan kemenangan kedua buat pasangan negara itu selepas menumpaskan rakan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie semalam.

Tang Jie-Ee Wei akan bertemu Feng Yang Zhe-Huang Dong Ping pada aksi terakhir Kumpulan A esok.

Turut merakam kemenangan hari ini adalah beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang berjaya meraih kemenangan kedua selepas menumpaskan pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi pada aksi kedua Kumpulan A.

Pearly-Thinaah yang masih segar dengan kejayaan memenangi pingat emas di Sukan Sea Thailand baru-baru ini tidak berdepan masalah untuk menang straight set 21-13, 21-18 dalam masa 52 minit.

Pasangan negara itu akan bertemu Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto bagi melengkapkan aksi peringkat Kumpulan A esok.

Sementara itu, nasib berbeza dialami Soon Huat-Shevon yang tumpas buat kali kedua berturut-turut di kejohanan itu, kali ini di tangan Yang Zhe-Dong Ping sekali gus menyukarkan peluang mereka untuk mara ke separuh akhir.

 Pasangan suami isteri itu bermula dengan baik pada set pertama apabila menang 25-23 sebelum gagal meneruskan rentak cemerlang pada dua set berikutnya sebelum tewas 11-21, 20-22 dalam aksi yang berlangsung selama satu jam sembilan minit. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sukan Sea: Malaysia hanya perlu lapan pingat lagi untuk capai sasaran
Next: Sukan SEA 2025: Trio Malaysia panah pingat emas compound berpasukan lelaki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.