Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jelajah Belia tetap diteruskan
  • TEMPATAN

Jelajah Belia tetap diteruskan

Utusan Sarawak 5 years ago
BERI PANDANGAN… DATUK Abdul Karim Rahman Hamzah (kanan) diiringi Gerald Rentap Jabu (kiri) semasa sesi townhall yang diadakan sempena program Jelajah Belia Sarawak 2020 peringkat Betong bertempat di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong, semalam

BETONG: Penganjuran program Jelajah Belia Sarawak 2020 tetap diteruskan tetapi mesti mematuhi norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kerajaan Sarawak.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program yang telah dilancar dan dijalankan semenjak tahun lalu kini akan tetap diteruskan seperti mana yang telah dirancang.

“Program ini telah ditunda untuk beberapa bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi mengekang penularan pandemik COVID-19.

“Dengan adanya kelonggaran yang diberikan dalam PKP Pemulihan (PKPP), kita sambungan semula program Jelajah Belia Sarawak ini untuk bahagian Betong dengan seramai 200 belia tempatan telah dijemput khas untuk menyertai,” katanya.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan berkata demikian ketika menghadiri Program Jelajah Belia Sarawak 2020 bertempat di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, Betong, semalam.

“Kerajaan negeri melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menganjur program ini khas untuk golongan belia tempatan  diseluruh bahagian bertujuan untuk memupuk kefahaman dikalangan mereka mengenai pelbagai program pembangunan belia.

“Selain bertujuan untuk mengalak penglibatan golongan belia dan persatuan belia untuk terlibat dalam aktiviti sihat serta memberi peluang kepada mereka untuk menunjukan bakat dan potensi.

“Pada masa yang sama, program ini juga untuk mampu memupuk semangat tanggungjawap, kepimpinan dan kesukarelawan dikalangan golongan muda kita di negeri ini,” ujarnya.

Beliau dalam masa yang sama menyeru agar masyarakat tempatan untuk memberi sokongan dan kerjasama dalam membentuk golongan belia yang berpontensi untuk menjadi pemimpin yang berjaya dimasa hadapan.

Program diadakan dengan mematuhi SOP seperti melakukan saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan dan kesemua peserta yang hadir turut memakai penutup muka demi menjamin keselamatan semua yang hadir.

Antara aktiviti yang diadakan sempena program ini ialah sesi “Townhall Bersama Pemimpin”, sesi Ice breaking dan ceramah motivasi oleh Ikon Belia Sarawak, Ahmad Qadri Basri

Turut hadir Ahli Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu dan pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sarawak Nancy Jolhie serta Residen bahagian Betong Friday Belik.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Persatuan, individu disaran laksana tanggungjawab sosial
Next: Maritim tahan BNA ceroboh perairan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.