Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jeju Air haramkan penggunaan bank bateri mudah alih
  • GLOBAL

Jeju Air haramkan penggunaan bank bateri mudah alih

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan

SEOUL: Jeju Air Co. bakal mengharamkan sepenuhnya penggunaan bank bateri mudah alih dalam semua penerbangan domestik dan antarabangsa, kata syarikat penerbangan tambang murah itu hari ini, susulan kebimbangan mengenai risiko kebakaran dalam penerbangan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Bermula Khamis, penumpang tidak lagi dibenarkan menggunakan bank kuasa untuk mengecas peranti elektronik, seperti telefon bimbit dan peranti komputer dalam penerbangan yang dikendalikan Jeju Air.

Mengecas bank bateri menggunakan port USB pesawat telah diharamkan di bawah peraturan kerajaan yang dikeluarkan tahun lepas.

Syarikat penerbangan itu memutuskan untuk mengetatkan lagi peraturan bagi memastikan tiada risiko bahaya kebakaran berkaitan bateri.

Kebimbangan terhadap penggunaan bank bateri dalam penerbangan meningkat selepas insiden kebakaran besar melibatkan pesawat Air Busan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan, sekitar 410 kilometer tenggara Seoul pada Januari 2025.

Pihak berkuasa buat masa ini memutuskan bahawa kebakaran itu berpunca daripada bateri mudah alih di dalam tong sampah.- Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: PBB beri amaran dunia masuki era muflis air global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.