Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jejantas SK Nanga Gayau bernilai RM2.38 juta dijadual siap September ini
  • TEMPATAN

Jejantas SK Nanga Gayau bernilai RM2.38 juta dijadual siap September ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek tersebut pagi tadi bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek yang dikendalikan oleh JKR Bahagian Betong. Foto: JKR Negeri Sarawak.

DEBAK: Projek pembinaan jejantas pejalan kaki di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Gayau bernilai RM2.38 juta dijadual siap sepenuhnya pada 14 September tahun ini sekali gus dijangka meningkatkan tahap keselamatan warga sekolah serta penduduk setempat.

Menurut kenyataan media Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak berkata, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek tersebut pagi tadi bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek yang dikendalikan oleh JKR Bahagian Betong.

Projek berkenaan dilaksanakan oleh SARAOIL (M) Sdn Bhd dengan tempoh kontrak selama 12 bulan bermula 15 September 2025 sebelum dijadualkan siap sepenuhnya pada pertengahan September tahun ini.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek tersebut pagi tadi bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek yang dikendalikan oleh JKR Bahagian Betong. Foto: JKR Negeri Sarawak.

Skop utama projek melibatkan pembinaan jejantas pejalan kaki baharu sepanjang sekitar 36.4 meter dengan ketinggian 5.7 meter bagi menyediakan laluan lebih selamat kepada pengguna terutama murid dan guru sekolah berkenaan.

Selain struktur utama jejantas, projek itu turut merangkumi pemasangan bumbung, pagar keselamatan, cerucuk konkrit, sistem pencahayaan serta perlindungan kilat bagi memastikan kemudahan tersebut lebih selamat dan selesa digunakan.

Menurut Uggah, pelaksanaan projek berkenaan membuktikan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur luar bandar demi kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan Bahagian Betong.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek tersebut pagi tadi bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek yang dikendalikan oleh JKR Bahagian Betong. Foto: JKR Negeri Sarawak.

Beliau berkata, penyediaan kemudahan infrastruktur yang berkualiti amat penting dalam memastikan keselamatan pengguna terutama murid sekolah yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari.

Dalam lawatan itu, beliau turut dimaklumkan mengenai perkembangan semasa projek serta pelaksanaan kerja di tapak bagi memastikan ia berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Uggah turut menegaskan bahawa peruntukan bagi projek tersebut disalurkan menerusi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) sebagai sebahagian daripada usaha mempercepat pembangunan kemudahan asas di kawasan luar bandar.

Projek jejantas itu dijangka memberi manfaat besar kepada warga SK Nanga Gayau dan penduduk sekitar dengan menyediakan laluan pejalan kaki yang lebih sistematik, kondusif dan selamat selaras dengan agenda pembangunan kerajaan Sarawak dalam meningkatkan taraf hidup rakyat.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Datuk Awang Bujang terima surat penghargaan selepas hampir dua dekad bersama PBB
Next: STOLport Bebuling siap sepenuhnya, perkukuh akses udara luar bandar Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.