Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • JDT menang tipis di Kuching
  • SUKAN

JDT menang tipis di Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
FOTO Facebook Kuching City FC

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) meletakkan sebelah kaki ke pentas akhir Piala FA selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kuching City FC pada aksi separuh akhir pertama yang berlangsung sengit di Stadium Negeri di Sarawak malam ini.

Bertandang ke tempat lawan, skuad Harimau Selatan terdahulu memecah kebuntuan menerusi penyudah kemas penyerang import berbisa Bergson da Silva yang menerima hantaran tepat daripada rakan sepasukan pada minit ke-36.

Bersambung babak kedua, JDT menjarakkan kedudukan apabila Bergson sekali lagi menghukum kelalaian benteng pertahanan tuan rumah dengan jaringan kedua pada minit ke-49.

Tersentak dengan dua gol itu, Kuching City bagaimanapun bangkit merapatkan jurang menerusi sepakan kemas Petrus Shitembi pada minit ke-68, namun usaha mereka untuk mencari gol penyamaan tidak berhasil sehingga wisel penamat ditiup.

Kemenangan di tempat lawan memberikan kelebihan awal buat JDT menjelang aksi separuh akhir kedua yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) hujung bulan ini.

Sementara itu, peluang buat Sabah FC dan Selangor FC untuk mara ke pentas akhir masih terbuka selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Stadium Likas di Kota Kinabalu.

Skuad Sang Badak kendalian Daniel Jean-Paul De Marigny membuka jaringan menerusi Ajdin Mujagic seawal minit ke-13 menewaskan penjaga gol Selangor Sikh Izhan Nazrel

Babak kedua bersambung, skuad Gergasi Merah kemudian bangkit untuk mendahului dengan dua gol di hadapan menerusi jaringan sendiri pemain Sabah Dane Ingham pada minit ke-65 dan Nooa Laine pada minit ke-80.

Jaringan penyamaan Ajdin pada masa kecederaan menyelamatkan Sabah, sekali gus memastikan perebutan slot ke final hanya akan diketahui pada aksi separuh akhir kedua di Selangor hujung bulan ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Arsenal dikejutkan Sunderland

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.