Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JCI Mandarin Sibu berjaya anjur program Dialog NVP di Pusat TQG
  • Tengah
  • WILAYAH

JCI Mandarin Sibu berjaya anjur program Dialog NVP di Pusat TQG

Utusan Sarawak 3 hours ago
UNTUK KENANGAN… Jong, Tiong dan Wong merakam kenangan bersama pada program Dialog NVP baru-baru ini di Pusat TQG.

SIBU: JCI Mandarin Sibu telah berjaya menganjurkan program Dialog NVP baru-baru ini di Pusat TQG, dengan menampilkan jemputan khas Naib Presiden Kebangsaan Malaysia, Jervis Jong.

Program tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan antara ahli tempatan dengan kepimpinan kebangsaan, di samping menyediakan platform bagi memahami pembangunan kepimpinan serta hala tuju organisasi.

Pada sesi berkenaan, Jervis berkongsi pengalaman beliau dalam JCI termasuk perjalanan kepimpinan, pembangunan diri serta pandangannya terhadap masa depan organisasi.

Turut diadakan sesi soal jawab interaktif yang menyaksikan para peserta aktif bertanya dan berbincang mengenai aspek kepimpinan, pembangunan diri serta strategi organisasi.

Program itu sekali gus memberi inspirasi kepada ahli untuk terus berkembang sebagai pemimpin muda.

Program diakhiri dengan sesi bergambar berkumpulan yang melibatkan Jervis, Presiden JCI Mandarin Sibu 2026 Simon Tiong Yong Yee, Setiausaha Calvin Wong serta para hadirin, sebagai simbol kerjasama erat antara kepimpinan tempatan dan kebangsaan.

Majlis kemudian diteruskan dengan jamuan yang memberi peluang kepada peserta untuk beramah mesra serta mengeratkan hubungan di antara satu sama lain.

Menurut Simon, program itu bukan sahaja membuka ruang perkongsian ilmu, malah memperkukuh hubungan sesama ahli serta semangat organisasi.

“JCI Mandarin Sibu akan terus komited melahirkan pemimpin muda dan mencipta impak positif dalam masyarakat,” ujarnya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tradisi kunjung-mengunjung sempena Aidilfitri kukuhkan perpaduan penduduk Kabong
Next: Ular sepanjang 1.5 meter ditangkap APM di Kampung Baru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.