Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JCI Malaysia umum finalis SDA 2025, fokus kepada pembangunan mampan
  • TEMPATAN

JCI Malaysia umum finalis SDA 2025, fokus kepada pembangunan mampan

Utusan Sarawak 20 hours ago
DR Hazland (tengah) merakam gambar berkumpulan bersama ahli-ahli JCI dan 30 finalis daripada pelbagai sektor.

KUCHING: Seramai 30 finalis daripada pelbagai sektor telah diumumkan bagi Anugerah Pembangunan Lestari (SDA) Junior Chamber International (JCI) Malaysia 2025, yang sidang medianya berlangsung di Muzium Budaya Borneo hari ini.

Daripada jumlah itu, 16 finalis berasal dari Sarawak, sekali gus membuktikan peranan aktif negeri ini dalam memacu pembangunan lestari di peringkat kebangsaan.

Anugerah SDA JCI Malaysia bertujuan mengiktiraf projek-projek yang memberi impak positif kepada komuniti, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Finalis terdiri daripada pelbagai organisasi, syarikat swasta dan pihak berkuasa tempatan yang melaksanakan projek berinovatif dalam pelbagai kategori SDG, termasuk Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG 3), Pendidikan Berkualiti (SDG 4), Air Bersih dan Sanitasi (SDG 6), Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi (SDG 8), serta Tindakan Terhadap Perubahan Iklim (SDG 13).

Bagi kategori SDG 3, antara finalis yang diumumkan termasuk Pertubuhan Amal Kebajikan En Xin Negeri Sembilan dengan projek membaik pulih serta mengitar semula peralatan perubatan rosak di Hospital Ampang: Persatuan Parasitologi dan Perubatan Tropika Malaysia (Malaysian Society of Parasitology & Tropical Medicine) melalui inisiatif pemberdayaan komuniti dalam mencapai kesaksamaan kesihatan, dan Mins Studio Sdn. Bhd. dengan projek ‘Senyuman Paling Indah’ (The Most Beautiful Smile).

Dalam kategori Pendidikan Berkualiti (SDG 4), antara projek yang diketengahkan ialah ‘Senyuman Sihat, Masa Depan Cerah’ (Healthy Smiles, Bright Futures) oleh Lim & Nyu Dental Surgery, ‘Projek Jolly Phonics Layar’ (The Layar Jolly Phonics Project) oleh Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Layar dan ‘Jiwa Muda AZAM’ (AZAM Young Souls) oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak.

Senarai penuh finalis meliputi pelbagai bidang termasuk inovasi sosial, kesihatan awam, pendidikan, persekitaran, dan ekonomi, yang masing-masing menunjukkan komitmen tinggi terhadap kelestarian dan impak kepada masyarakat.

Majlis penganugerahan akan berlangsung pada 21 September 2025 di Imperial Hotel, Kuching, bermula 5.00 petang hingga 10.00 malam.

Turut hadir pada sidang media, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, Timbalan Presiden Kebangsaan JCI Malaysia Senator JCI Vincent Leng yang mewakili Presiden Kebangsaan JCI Malaysia Senator JCI Tan Wei Jian, Pengerusi Penganjur SDA JCI Malaysia Bivi Ling, Presiden JCI Kuching Albert Loi, dan Pengerusi Penganjur Sidang Media Finalis, Siew Young Ming.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Perkasakan proses pembinaan stesen petrol di Sarawak untuk tingkatkan produktiviti, tarik pelaburan – MPC
Next: Jambatan Nanga Lasi RM4.7 juta siap, lonjak sektor pertanian Meluan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.