Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JBPM Zon Tujuh Limbang laksana kempen keselamatan sempena Gawai
  • Utara
  • WILAYAH

JBPM Zon Tujuh Limbang laksana kempen keselamatan sempena Gawai

Utusan Sarawak 3 days ago
KETUA Bomba JBPM Zon Tujuh, Limbang Ramlan Marajan.

LIMBANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang telah melaksanakan beberapa operasi dan kempen keselamatan kebakaran di Limbang dan Lawas bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap aspek keselamatan serta pencegahan kebakaran sempena sambutan perayaan Gawai ini.

Ketua Bomba JBPM Zon Tujuh, Limbang Ramlan Marajan berkata orang ramai diingatkan untuk terus meningkatkan aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran di premis dan kediaman masing-masing semasa musim perayaan Gawai bagi mengelak insiden kebakaran berlaku.

“Dalam siri operasi kita mengingatkan orang ramai agar sentiasa memastikan semua peralatan elektrik dan gas diperiksa dan ditutup sebelum meninggalkan rumah.

“Aspek penggunaan peralatan elektrik perlu diberi perhatian dan elak meninggalkan dapur tanpa pengawasan ketika memasak.

“Orang ramai turut diingatkan untuk bermain mercun hanya di tempat terbuka dan jauh dari struktur rumah panjang atau kediaman lain.

“Sentiasalah bersedia dengan alat pemadam api dan tahu laluan keluar kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya risiko berlakunya kebakaran meningkat pada musim perayaan dan penting untuk semua pihak meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengambil langkah mencegah kebakaran.

“Kami ingin mengingatkan bahawa pencegahan adalah langkah paling penting.

“Marilah kita sambut Gawai dengan penuh kegembiraan, dalam keadaan selamat dan bebas daripada tragedi yang tidak diingini,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 300 pek kuih Gawai Dayak 2025 diagih di Pasar Tamu Bintangor
Next: Persiapan rapi Gawai Dayak di Rumah Panjang Pakut, Sibuti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.