Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JBPM Sarawak mohon bantuan peralatan pemadaman kebakaran hutan
  • TEMPATAN

JBPM Sarawak mohon bantuan peralatan pemadaman kebakaran hutan

Utusan Sarawak 1 day ago
KUNJUNGAN hormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke pejabat Premier Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memohon pertimbangan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membantu menyediakan pam angkut khusus bagi tujuan pemadaman kebakaran hutan.

Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran berkata, permohonan itu dibuat semasa kunjungan hormat beliau bersama ke pejabat Premier Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi hari ini.


“Sebagai contoh, baru-baru ini berlaku kebakaran hutan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mukah dan kami menghadapi sedikit kekangan dari segi pam.

“Jadi, susulan kes tersebut kami telah berkongsi dengan Premier Sarawak dan Alhamdulillah beliau menerimanya dengan hati yang terbuka dan Insya-Allah beliau akan cuba membantu kami,” katanya kepada media selepas selesai kunjungan hormat.

KUNJUNGAN hormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke pejabat Premier Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi hari ini. Foto UKAS

Selain itu, Jamri menambah, Premier Sarawak turut menzahirkan keprihatinan terhadap kesiapsiagaan JBPM dalam menangani kebakaran di bangunan tinggi selaras dengan pembangunan pesat di Sarawak, serta dimaklumkan mengenai aset sedia ada yang mampu melaksanakan operasi tersebut.


Dalam pada itu, beliau memaklumkan, kunjungan hormat berkenaan turut membincangkan kekuatan pegawai dan anggota JBPM di seluruh negeri, status semasa balai bomba serta perancangan pembinaan balai baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Turut hadir Timbalan Pengarah JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii dan Penolong Pengarah JBPM Sarawak Ahmad Nizam Sapaiee.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Etiqa Kembara Pan Borneo 2025 kukuhkan hubungan komuniti di Sarawak
Next: Pemuda PRS Murum nyata sokongan penuh kepada Kennedy Chukpai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.