Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JBPM Sarawak kerah 9,817 anggota siap siaga hadap gelombang kedua banjir  
  • SEMASA

JBPM Sarawak kerah 9,817 anggota siap siaga hadap gelombang kedua banjir  

Utusan Sarawak 3 months ago
RAKAN BOMBA… Jamri (dua, kiri) menyerahkan sijil penghargaan kepada pengamal media. Turut kelihatan Ramlan (kiri), dan Tawang (kanan). 

LIMBANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengarahkan 9,817 orang pegawai dan anggota termasuk bomba sukarela dan bomba komuniti untuk bersiap menghadapi gelombang kedua banjir di Sarawak.

Pengarahnya Jamri  Masran berkata, kekuatan aset dan logisitik turut diperkuatkan membabitkan sebanyak  295 aset darat, 211 aset sungai serta laut, 20 aset utara, 289 aset sokongan termasuk membabitkan agensi-agensi utama.

Monsun Timur Laut (MTL) diramakan berlaku pada  November lepas hingga Mac tahun in dan Meterologi Malaysia turut meramalkan kemungkinan  gelombang banjir kedua di Sarawak akan berlaku pada  8  hingga 12 Februari ini.

“Kita akan mengalami banjir untuk fasa kedua dan kawasan yang diramalkan diantaranya seperti Kuching, Sibu, Mukah, Miri, dan Limbang sebagai persediaan  menghadapi kemungkinan banjir gelombang kedua.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)  Sarawak  telah mengarahkan semua agensi  utama untuk membuat persediaan termasuk JBPM Sarawak,” katanya ketika ditemui media selepas Perhimpunan Tahunan Zon Tujuh serta  Lawatan Kerja Rasmi ke JBPM Limbang, semalam.

Turut sama ialah Ketua JBPM Zon Tujuh Ramlan  Marajan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang Tawang  Lingem dan Ketua BBP Lawas Clarence D.Primus Tiandun.

Terdahulu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mahu rakyat di Sarawak agar sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan gelombang kedua banjir membadai negeri ini.

Pada masa sama, semua agensi diingatkan untuk sentiasa bersiap sedia dari segi aset dan logistik di bawah tanggungjawab masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutamanya gelombang kedua banjir.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk penyerahan sijil penghargaan kepada rakan strategik bomba Zon 7.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 461 projek penggantian paip baharu RM1.08 bilion dijangka siap Mei 2028
Next: Recent floods highlighted the urgent need for improved flood management systems

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.