Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • JBPM Sarawak berjaya padam kebakaran kilang sejuk beku di Demak Laut
  • KEBAKARAN

JBPM Sarawak berjaya padam kebakaran kilang sejuk beku di Demak Laut

Utusan Sarawak 3 weeks ago
USAHA pemadaman dijalankan menggunakan tiga aliran sepanjang 200 kaki dengan empat nozel secara defensif dan ofensif sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya pada 7.29 pagi. Foto JBPM

PETRA JAYA: Tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berjaya mengawal dan memadam kebakaran yang melibatkan sebuah kilang sejuk beku di kawasan Perindustrian Demak Laut, awal pagi tadi, tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 6.01 pagi membabitkan kebakaran di Gin Ming Coldstorage (KCH) Sdn Bhd, berhampiran Kastam Demak.

Komander Operasi, Syamsyul Mustafa berkata, kebakaran melibatkan sebuah struktur kekal berkeluasan kira-kira 60×60 kaki persegi dengan kemusnahan dianggarkan sekitar 40 peratus.

KEADAAN dalam kilang selepas bomba berjaya mengawal kebakaran. Foto JBPM

“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kilang bersebelahan, sekali gus mengelakkan kerosakan yang lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi pemadaman melibatkan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dengan bantuan BBP Petrajaya dan BBP Padungan.

Usaha pemadaman dijalankan menggunakan tiga aliran sepanjang 200 kaki dengan empat nozel secara defensif dan ofensif sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 7.29 pagi.

KERJA pemadaman sedang dllakukan. Foto JBPM

Beliau berkata, kerja pengudaraan bagi mengeluarkan asap turut dilaksanakan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.45 pagi selepas pasukan memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat serta tiada lagi punca api.

Ketua Balai BBP Tabuan Jaya, Tan Min Chai, bersama Ninggang L Blanda dan Azaharul Sahari turut berada di lokasi bagi memantau operasi.

Sebanyak tiga jentera Jentera Bomba dan Penyelamat (FRT) dan dua Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan Penyelamatan (EMRS) digerakkan ke lokasi, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membantu dari segi kawalan keselamatan.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Oleh Norman B

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran rumah dua tingkat di Desa Ilmu berjaya dikawal, tiada mangsa
Next: Genset terbakar 40 peratus berhampiran Jalan Tol, Bintawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.