Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JBPM, Petronas anjur program latih komuniti hadapi kecemasan
  • WILAYAH

JBPM, Petronas anjur program latih komuniti hadapi kecemasan

Utusan Sarawak 3 days ago
ADUN Jepak, Iskandar Turkee (tengah) menyaksikan Jamri menyerahkan alat pemadam api kepada Tuai Rumah Tiut Usit semasa Program Kita Selamat di Sungai Setulan, Bintulu.

BINTULU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak dengan kerjasama Petronas menganjurkan Program Kita Selamat bagi meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran serta kemahiran menghadapi kecemasan dalam kalangan komuniti dan pelajar sekolah rendah di Zon 5 Sarawak.

Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran berkata program tersebut merupakan penjenamaan baharu daripada Summer Camp yang dianjurkan sejak 2016 hingga 2021, dengan pengisian modul yang diperbaharui untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat lebih cekap dan berkesan.

“Antara objektif program ini adalah memastikan masyarakat menimba sebanyak mungkin ilmu kebombaan yang disampaikan oleh JBPM dan agensi berkaitan serta meningkatkan kredibiliti dan keyakinan dalam menghadapi sebarang bahaya kebakaran.

“Selain itu, ia juga memberi kemahiran menghadapi situasi kecemasan yang tidak dijangka serta melahirkan generasi muda yang mampu menyampaikan ilmu kebombaan dan keselamatan kebakaran di semua lapisan masyarakat. 

“Generasi ini dimulakan dengan kanak-kanak melalui Kelab Bomba Cilik (KboC),” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee di Rumah Tiut Usit, Sungai Setulan, Jalan Pesisir Jepak-Kuala Tatau di sini, hari ini.

PENGARAH JBPM Sarawak, Jamri Masran berucap pada majlis perasmian Program Kita Selamat di Rumah Tiut Usit, Sungai Setulan, Jalan Pesisir Jepak-Kuala Tatau di Bintulu, hari ini.

Program dua hari yang bermula 21 September itu disertai 100 peserta termasuk ketua masyarakat, tuai rumah dan pelajar sekolah rendah. 

Antara aktiviti adalah kelas teori keselamatan, pengalaman menyarung baju api bomba dan simulasi memadam kebakaran.

Jamri berkata, usaha kolaborasi antara JBPM dan Petronas seumpama itu diharap dapat memperkukuh jaringan keselamatan komuniti serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan masyarakat terhadap sebarang insiden kebakaran dan kecemasan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lelaki warga Indonesia hilang di sungai Kampung Penasu, SAR masuk hari kedua
Next: Ahli Parlimen Miri gesa siasatan segera kes buli di IKBN Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.