Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JBPM pantau tanah runtuh di Rumah Ukam Mambang
  • TEMPATAN

JBPM pantau tanah runtuh di Rumah Ukam Mambang

Utusan Sarawak 4 years ago
TANAH RUNTUH…Keadaan tanah runtuh di Rumah Ukam Mambang, Jalan Nanga Engkamop, Julau.

JULAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintangor telah menjalankan pemantauan tanah runtuh di Rumah Ukam Mambang, Jalan
Nanga Engkamop, pagi semalam.

“Pemantauan tanah runtuh di rumah panjang tersebut dijalankan oleh dua anggota bomba diketuai oleh PBK I Hasman Bakar, jam 10.45 pagi,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor,PPgB Nicholas Belulin dalam satu kenyataan,petang semalam.

Agensi lain yang turut sama menjalankan pemantauan ialah pihak polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Jelasnya, rumah panjang tersebut mempunyai 24 pintu dan didiami oleh 150 penduduk.

“Bahagian yang terkesan dari runtuhan adalah stor bahagian hadapan rumah panjang tersebut.

Sementara itu, tujuh pintu bilik yang terkesan akibat tanah runtuh ialah bilik nombor 9, 10,11,12,13,14 dan 15,” katanya.

Selain itu , semasa pemantauan dijalankan,didapati runtuhan tanah telah menyebabkan beberapa stor telah jatuh ke sungai dan beberapa bahagian tanah didapati dalam keadaan tidak stabil. Anggaran keluasan tanah runtuh ialah 20 x 15 meter persegi.

“Pihak bomba menasihatkan penduduk setempat supaya berhati-hati terutama semasa hujan lebat,”ujarnya sambil menambah,kejadian tanah runtuh ini berlaku pada Sabtu lalu, sekitar 6.30 petang,”katanya lagi.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Inisiatif ‘Greater Bau’ pacu sektor pelancongan
Next: BEKAS KUARI ‘BERTUKAR WAJAH’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.