Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JBPM Limbang amal pendekatan norma baharu
  • TEMPATAN

JBPM Limbang amal pendekatan norma baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
NORMA BAHARU… Edmund melihat perubahan baharu sejajar ancaman Covid-19 yang merupakan cabaran moden.

ADENG IDRUS

LIMBANG: Sejajar perkembangan semasa berkaitan pandemik Covid-19, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang mengorak pendekatan ke arah norma baharu sebagai petugas barisan hadapan memerangi virus itu.

Menurut Ketua Zon Tujuh Limbang, Edmund D. Mahai Amboh berkata pasukan mereka kini menjadi sebahagian petugas barisan hadapan dalam memutuskan rantaian Covid-19.

Sehubungan itu, persiapan rapi sudah dilakukan ke arah pelaksanaan norma baharu dalam memerangi Covid-19.

Beliau yang ditemui media menjelaskan, kini mereka perlu memakai peralatan perlindungan diri (PPE) walaupun berdepan dengan kes kecemasan biasa.

“Kita ambil contoh semasa mengendalikan mangsa kemalangan jalan raya, anggota akan memakai PPE seperti sarung tangan, penutup mulut, apron dan peralatan PPE lain bagi memastikan risiko jangkitan Covid-19 dikurangkan,”ujarnya.

Beliau memberitahu aspek penjarakan sosial semasa bertugas di balai turut diamalkan.

Jelasnya kebersihan balai menjadi keutamaan dengan melakukan sanitasi di kawasan bangunan balai dan ruangan pejabat serta kawasan yang dikenalpasti menjadi titik sentuhan untuk dilaksanakan setiap hari.

Malah pemeriksaan suhu badan ke atas anggota semasa masuk dan keluar bertugas turut dilakukan bagi memastikan anggota berada dalam keadaan yang sihat.

Semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan perlu dipatuhi setiap anggota JBPM apabila terlibat operasi Covid-19 kerana penugasan mereka tidak seperti dahulu lagi.

Pada masa yang sama, sebagai petugas barisan hadapan menurutnya anggotanya turut berkhidmat memerangi Covid-19 dengan melakukan sanitasi awam selaras dengan keperluan bagi membendung penularan Covid-19.

Jelasnya sanitasi tidak terhad kepada kawasan terbuka, tetapi melibatkan ruangan tertutup seperti pejabat dan sebagainya.

Continue Reading

Previous: Penduduk terjejas terima bantuan
Next: Kampung Benawa dilanda banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.