Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JBPM Bintangor perhebat rondaan pemantauan banjir sepanjang MTL
  • Tengah
  • WILAYAH

JBPM Bintangor perhebat rondaan pemantauan banjir sepanjang MTL

Utusan Sarawak 1 day ago
PANTAU… Anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan paras air. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Usaha berterusan memantau keadaan banjir dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintangor menerusi rondaan berkala di kawasan rendah berpotensi dinaiki air semasa musim monsun timur laut (MTL).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata rondaan pemantauan tersebut dilaksanakan melibatkan beberapa lokasi berisiko banjir di sekitar kawasan Bintangor dari malam tadi dan awal pagi tadi.

“Rondaan pemantauan telah dijalankan pada 8.00 malam di Jalan Alomara, diikuti 12.00 tengah malam di Jalan Taman Bintang dan 4.00 pagi di Jalan Kelupu.

“Hasil pemantauan mendapati keadaan paras air di semua lokasi yang dipantau berada pada paras normal dan terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, sepanjang rondaan dijalankan, cuaca adalah baik dan tiada sebarang kejadian kecemasan dilaporkan.

“Rondaan pemantauan secara berkala ini merupakan sebahagian daripada langkah kesiapsiagaan kami bagi memastikan sebarang perubahan paras air dapat dikesan lebih awal.

“Ia sekali gus membolehkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku situasi luar jangka.

“Pemantauan berterusan penting bagi menjamin keselamatan penduduk, khususnya mereka yang tinggal di kawasan rendah berhampiran sistem perparitan dan sungai,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 176 kenderaan diperiksa dalam Ops Harian di Miri
Next: Projek PMR 2025 perkukuh jalan luar bandar Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.