Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JBPM Bintangor kekal tahap kesiapsiagaan tinggi melalui penilaian kompetensi kemahiran
  • Tengah
  • WILAYAH

JBPM Bintangor kekal tahap kesiapsiagaan tinggi melalui penilaian kompetensi kemahiran

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENILAIAN kompetensi kemahiran yang dijalankan di BBP Bintangor, baru-baru ini. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bintangor terus mengekalkan tahap kesiapsiagaan tinggi melalui pelaksanaan penilaian kompetensi kemahiran melibatkan empat anggotanya sebagai langkah memastikan kecekapan operasi sentiasa berada pada tahap optimum.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, penilaian tersebut merangkumi pelbagai aspek kemahiran kritikal yang diperlukan dalam operasi menyelamat dan kebakaran.

PENILAIAN kompetensi kemahiran yang dijalankan di BBP Bintangor, baru-baru ini. Foto BBP Bintangor

“Penilaian kompetensi seperti ini penting bagi memastikan setiap anggota berada pada tahap kemahiran yang tinggi dan bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.

“Antara komponen yang dinilai termasuk pengurusan bilik kawalan, penggunaan alat pernafasan (BA), teknik ikatan dan simpulan, ikatan menyelamat, pengurusan stretcher, ikatan anchor dan pengendalian sistem takal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, sesi penilaian yang dilaksanakan di bilik jentera BBP Bintangor turut diselia oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Bakar Ujang.

PENILAIAN kompetensi kemahiran yang dijalankan di BBP Bintangor, baru-baru ini. Foto BBP Bintangor

“Latihan serta penilaian berterusan adalah penting dalam memastikan anggota bomba sentiasa bersedia, cekap dan berdisiplin dalam menjalankan tugas.

“Setiap anggota bomba perlu sentiasa mengasah kemahiran dan mematuhi prosedur operasi standard bagi memastikan keselamatan diri dan orang awam sentiasa terpelihara,” katanya.

Tambahnya, penilaian kompetensi kemahiran tersebut merupakan sebahagian daripada usaha pembangunan profesional anggota BBP Bintangor dalam menyediakan perkhidmatan kecemasan yang lebih berkesan kepada masyarakat setempat. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Pra-Gawai hari ke-12 dekati komuniti rumah panjang Sungai Petai dan Sungai Kesa
Next: NSJA perkasa pemuliharaan marin, 497kg jarring hantu dibersihkan di Miri-Sibuti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.