Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JBPM bersedia tangani kebakaran kenderaan elektrik
  • SEMASA

JBPM bersedia tangani kebakaran kenderaan elektrik

Utusan Sarawak 2 hours ago
LAWATAN… Ahmad Izram (duduk, tengah sekali) merakam kenangan semasa mengadakan lawatan ke BBP Sungai Merah, hari ini. Foto Akun Giman

SIBU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melakukan persiapan rapi sejak dua tahun lalu bagi menangani sebarang insiden kebakaran melibatkan kenderaan elektrik (EV).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Dato Ir. Ts. Ahmad Izram Osman berkata, pihaknya telah menghantar pegawai mengikuti kursus latihan jurulatih (ToT) berkaitan pemadaman kebakaran EV di China selama dua minggu bagi melahirkan pakar rujuk dalam bidang tersebut.

“Daripada kursus itu, kita mempunyai kumpulan jurulatih terlatih untuk mengendalikan pemadaman kebakaran EV. 

“Selain itu, kita juga mempunyai pegawai pakar penyiasatan khusus bagi kes-kes melibatkan EV,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain latihan di luar negara, beberapa siri kursus turut dianjurkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bahru serta di Wakaf Tapai bagi meningkatkan kemahiran anggota dalam operasi pemadaman kebakaran EV.

Menurutnya, JBPM turut menjalinkan kerjasama dengan pengeluar kenderaan EV seperti syarikat Build Your Dreams (BYD) dan akan mengadakan kerjasama serupa dengan Tesla dalam masa terdekat untuk memperkukuh pengetahuan serta kaedah terbaik menangani insiden melibatkan teknologi bateri berkuasa tinggi itu.

Ketika ditanya tentang perbezaan antara kebakaran EV dan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), beliau menjelaskan, kenderaan ICE ini mematuhi tatacara atau ‘segi tiga api’ untuk berlakunya kebakaran dengan oksigen dan sebagainya.

“Tetapi kalau yang melibatkan EV ini tak menuruti formula ‘segi tiga api’ , sebab lebih kepada ‘thermal runway’ atau lari haba, dimana kita tahu bahawa binaan EV ini, bateri EV ini terdiri daripada beribu sel-sel yang disambungkan secara siris untuk menghasilkan kuasa yang kuat untuk menggerakkan EV ini.

“Sebab itu, punya kadar untuk memadamkan kebakaran EV agak sukar sedikit, kecuali dengan latihan dan medium yang sesuai untuk digunakan semasa memadang kebakaran EV,” jelasnya.

Mengulas tentang persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025, Ahmad Izram memberitahu, JBPM telah bersedia dari awal, termasuk dari segi logistik, dari aset dan keanggotaan.

“Kita telah membuat rondaan, sebab kita tahu dan telah mengumumkan MTL ini bulan November.

“Sebenarnya kita dah menghadapi pra MTL awal lagi. Bulan September dan Oktober, kita tengok banyak tempat dah berlaku banjir dan sebagainya. Oleh itu, kita sudah bersedia MTL untuk Sarawak minggu depan kita lancarkan operasi MTL,” jelasnya.

Turut hadir ialah Ketua JBPM Zon Sibu, Andy Alie, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, Abdul Mutalif Ja’afar serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Ketekunan, disiplin kunci kejayaan tiga pelatih raih anugerah tertinggi Kursus Asas Polis Bantuan Siri 7/2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.