Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JBPM bantu tangkap ular tedung
  • TEMPATAN

JBPM bantu tangkap ular tedung

Utusan Sarawak 5 years ago
DITANGKAP….. Ular tedung ditangkap menggunakan alat penjerut ular.

SARIKEI: Seekor reptilia, ular tedung hitam ditemui di belakang salah sebuah rumah di Lorong 3, Jalan Pegaga mencemaskan penghuni rumah tersebut.

Cemas dengan kehadiran ular tedung hitam tanpa diundang, penghuni rumah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarikei untuk khidmat khas menangkap ular.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penghuni rumah tersebut pada jam 6.34 pagi.

“Seramai tiga anggota bomba diketuai oleh PBK II Mijan Pamin bergegas ke lokasi untuk menangkap ular tedung hitam.

“Setibanya dilokasi, ular tedung hitam tersebut masih berada ditempatnya ditemui oleh penghuni rumah,” katanya ketika dihubungi pemberita, pagi semalam.

Tambahnya, operasi menangkap ular tedung hitam tersebut mengambil masa lima minit.

“Ular tedung hitam ditangkap menggunakan alat penjerut ular.

“Selepas ditangkap, ia dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan awam,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: BBP Betong terima laporan kebakaran palsu
Next: 2,554 senarai kontak rapat dikenal pasti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.