Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JBPM agih 669 bubur lambuk, erat hubungan dengan komuniti Kota Padawan
  • Selatan
  • WILAYAH

JBPM agih 669 bubur lambuk, erat hubungan dengan komuniti Kota Padawan

Utusan Sarawak 15 hours ago
PROGRAM Agihan Bubur Lambuk tersebut dianjurkan oleh JBPM Zon Samarahan bersama BBP Siburan dengan kerjasama H&L Extra Kota Padawan Mall, hari ini. Foto: JBPM Zon Samarahan

KOTA PADAWAN: Sebanyak 669 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada orang awam serta para penyewa premis di Kota Padawan Mall sebagai tanda penghargaan dan usaha mengeratkan hubungan antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan komuniti setempat sempena Ramadan.

Program Agihan Bubur Lambuk tersebut dianjurkan oleh JBPM Zon Samarahan bersama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dengan kerjasama H&L Extra Kota Padawan Mall, hari ini.

Inisiatif berkenaan merupakan antara usaha JBPM untuk mendekati masyarakat selain menyemarakkan semangat kebersamaan dan perpaduan sepanjang Ramadan.

PROGRAM Agihan Bubur Lambuk tersebut dianjurkan oleh JBPM Zon Samarahan bersama BBP Siburan dengan kerjasama H&L Extra Kota Padawan Mall, hari ini. Foto: JBPM Zon Samarahan

Melalui program tersebut, anggota bomba turun padang berinteraksi secara langsung dengan orang ramai serta penyewa premis yang berada di sekitar pusat beli-belah berkenaan.

Selain pengagihan bubur lambuk, anggota bomba turut mengambil kesempatan untuk mengedarkan risalah keselamatan kebakaran kepada orang ramai.

Langkah tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan langkah pencegahan kebakaran, khususnya menjelang musim perayaan apabila aktiviti di rumah dan premis perniagaan semakin meningkat.

Program itu telah disempurnakan oleh Ketua Zon 2 JBPM Sarawak, Gawai John, yang turut bersama-sama anggota bomba mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam di lokasi program.

PROGRAM Agihan Bubur Lambuk tersebut dianjurkan oleh JBPM Zon Samarahan bersama BBP Siburan dengan kerjasama H&L Extra Kota Padawan Mall, hari ini. Foto: JBPM Zon Samarahan

Beliau berkata, program seperti ini bukan sahaja dapat menyantuni masyarakat, malah menjadi platform terbaik bagi JBPM untuk menyampaikan maklumat berkaitan keselamatan kebakaran secara lebih dekat dengan komuniti.

Menurutnya, kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pihak swasta seperti H&L Extra Kota Padawan Mall amat penting dalam menjayakan program kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada orang ramai.

Program berkenaan diharap dapat terus memperkukuh hubungan antara JBPM dan masyarakat setempat di samping meningkatkan kesedaran awam terhadap aspek keselamatan kebakaran.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Libat urus BDDA teliti cadangan minaret, parkir dan landskap Masjid baharu Debak
Next: Karnival Bazar Ramadan Sibu Jaya rancakkan ekonomi komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.