Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JBIC lihat Sarawak sebagai destinasi FDI berpotensi tinggi
  • SEMASA

JBIC lihat Sarawak sebagai destinasi FDI berpotensi tinggi

Utusan Sarawak 1 day ago
Pengarah Urusan Eksekutif JBIC, Shigeto Hashiyama berkata, pertemuan dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertujuan memahami lebih dekat peluang kerjasama dan pelaburan yang mampu memberi manfaat bersama antara Jepun dan Sarawak. Foto UKAS

PETRA JAYA: Japan Bank for International Cooperation (JBIC) melihat potensi besar pelaburan langsung asing (FDI) di Sarawak, khususnya dalam sektor tenaga hijau dan pembuatan.

Pengarah Urusan Eksekutif JBIC, Shigeto Hashiyama berkata, pertemuan dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertujuan memahami lebih dekat peluang kerjasama dan pelaburan yang mampu memberi manfaat bersama antara Jepun dan Sarawak.

“Matlamat kami adalah untuk mempromosikan usaha sama dan projek industri Jepun yang berkaitan supaya lebih mampan di Sarawak.

“Langkah ini bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini, malah turut memberi nilai tambah kepada ekonomi Jepun. Ia merupakan sumbangan dua hala yang saling menguntungkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat kepada Abang Johari di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Hashiyama menambah, Abang Johari turut menekankan potensi besar negeri ini dalam pembangunan tenaga hijau dan pembuatan lestari.

Justeru, beliau berkata, pihaknya akan menyampaikan mesej tersebut kepada pelabur Jepun yang sedang mempertimbangkan peluang pelaburan di Sarawak.

Menurut beliau, JBIC kini memberi tumpuan kepada beberapa projek sektor utama berkaitan pembuatan dan tenaga termasuk semikonduktor, industri kimia, hidrogen, teknologi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), serta penjanaan tenaga di Bumi Kenyalang. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 3,000 dijangka hadir perhimpunan aman ‘Keadilan Untuk Zara’ di Limbang Ahad ini
Next: AirBorneo lancar logo rasmi ‘Wings of Unity’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.