Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JBALB Sarawak serius tangani vandalisme, kecurian aset bekalan air
  • TEMPATAN

JBALB Sarawak serius tangani vandalisme, kecurian aset bekalan air

Utusan Sarawak 1 day ago
POSTER Hentikan Vandalisme.

KUCHING: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak memandang serius insiden vandalisme dan kecurian aset yang semakin berleluasa, khususnya terhadap kemudahan berkaitan sistem bekalan air di luar bandar.

Menurut kenyataan rasmi JBALB, tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja merugikan kerajaan, malah menjejaskan kelangsungan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat.

Kerosakan dan kehilangan aset seperti meter air, paip, dan penutup loji boleh menyebabkan gangguan bekalan air bersih yang memberi kesan langsung kepada kehidupan harian penduduk.

“Kebelakangan ini, kami menerima peningkatan laporan berkaitan kecurian meter air, terutamanya di beberapa kampung dalam Bahagian Serian,” menurut kenyataan itu.

“Kes sebegini menimbulkan kesulitan kepada penduduk yang terlibat dan membebankan dari segi kos penggantian serta pemulihan sistem.”

Sehubungan itu, JBALB menggesa seluruh masyarakat agar tampil membantu memerangi gejala vandalisme dan kecurian ini.

Orang ramai diminta agar segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada JBALB Call Centre di talian 082-262211 atau terus menghubungi pihak polis.

Oleh Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Mayor Walk 2025 continues to champion healthy living and community unity
Next: MBKS wants win win situation with the public

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.