Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JBALB Sarawak lancar SOR kukuhkan tadbir urus projek bekalan air luar bandar
  • TEMPATAN

JBALB Sarawak lancar SOR kukuhkan tadbir urus projek bekalan air luar bandar

Utusan Sarawak 4 hours ago
PELANCARAN SOR JBALB Sarawak menandakan komitmen jabatan terhadap integriti, ketelusan dan kecekapan projek bekalan air. Foto Ukas

KUCHING: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak melancarkan Jadual Kadar Harga (SOR) bagi memperkukuh integriti, ketelusan, kecekapan dan piawaian dalam projek bekalan air di seluruh negeri.

Menurut JBALB, SOR itu dilancarkan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Telekomunikasi) Datuk Liwan Lagang yang mewakili menterinya Datuk Seri Julaihi Narawi pada Majlis Apresiasi JBALB Sarawak 2025 semalam.

SOR berkenaan dirangka sebagai dokumen rujukan standard bagi kerja-kerja pembinaan dan pemasangan berkaitan bekalan air, termasuk penentuan harga bahan, buruh dan peralatan, penyediaan anggaran kos projek serta penyelarasan harga bagi tender, sebut harga dan kontrak.

“SOR JBALB Sarawak berfungsi sebagai panduan harga supaya semua pihak merangkumi perunding, kontraktor dan pegawai teknikal dapat menggunakan kadar yang seragam, telus dan mengikut piawaian.

“Ia sekali gus mengelakkan ketirisan serta memudahkan penilaian dan kelulusan projek,” menurut kenyataan JBALB, hari ini.

Pelaksanaan SOR itu juga seiring dengan aspirasi kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membudayakan tadbir urus dan tatakelola baik dalam setiap agensi negeri.

“SOR itu menandakan anjakan penting dalam memperkukuh pengoperasian JBALB sebagai sebuah Jabatan Teknik. Dengan pelancaran ini, JBALB terus komited melaksanakan urus tadbir yang baik, berpaksikan prinsip integriti sebagai pemacu organisasi,” menurut jabatan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: MPP serah surat tawaran kepada kontraktor bagi dua projek RTP
Next: Fasiliti saringan influenza baharu bantu lindungi pesakit rentan di KK Lanang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.