Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JBALB Sarawak akan laksana 80 projek air luar bandar bernilai RM3.47 bilion
  • SEMASA

JBALB Sarawak akan laksana 80 projek air luar bandar bernilai RM3.47 bilion

Utusan Sarawak 6 hours ago
SIDANG MEDIA… Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penyerahan Pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar kepada kerajaan negeri Sarawak, hari ini. Foto BERNAMA

KUCHING: Sebanyak 80 projek bekalan air luar bandar bernilai RM3.47 bilion di bawah projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) diserahkan kepada kerajaan Sarawak bagi mempercepat pelaksanaannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata projek tersebut sama ada yang baharu atau yang disambung akan dilaksanakan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak bagi memastikan penyediaan air bersih kepada rakyat luar bandar dapat dijalankan dengan lebih pantas dan berkesan.

“Mulai hari ini, pelaksanaan diserahkan kepada JBALB Sarawak untuk mempercepatkan projek pelaksanaan projek bekalan air,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penyerahan Pelaksanaan projek BALB, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata daripada 80 projek itu, terdapat 50 projek di peringkat pelaksanaan, sembilan telah dilaksanakan, 20 projek pasca pelaksanaan (yang telah siap) dan satu dibatalkan. 

Walaupun terdapat beberapa kekangan beberapa aspek undang-undang, beliau berkata pendekatan penyelesaian bersama diambil bagi memastikan pelaksanaan projek tersebut di Sarawak berjalan lancar.

Beliau berkata pelbagai pihak telah terlibat dalam rundingan bagi mencari jalan terbaik mempercepat pelaksanaan projek yang memberi manfaat kepada rakyat luar bandar termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi. 

“Kerajaan Persekutuan turut bersikap terbuka terhadap cadangan daripada kerajaan negeri dalam mencari kaedah pelaksanaan lebih pantas tanpa mengabaikan aspek undang-undang,” katanya.

Pada masa sama,  Ahmad Zahid berkata peningkatan kos akibat keadaan semasa juga merupakan antara cabaran utama dalam pelaksanaan projek bekalan air luar bandar di Sarawak.

“Bagaimanapun, akan ada garis panduan yang akan dibuat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan memberi pandangan kepada Jemaah Menteri dan jika ada sebarang penambahan atau pengurangan, atau perlu dilakukan perubahan (kos), kita akan lakukan,” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan 10 negeri hingga 4.00 petang ini
Next: Kunjungan hormat daripada Petronas kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.