Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jawatankuasa diaktifkan kawal selia rabies
  • WILAYAH

Jawatankuasa diaktifkan kawal selia rabies

Utusan Sarawak 2 years ago
PENGHARGAAN… Ramlan (tiga, kanan) menyampaikan cenderamata kepada Sulaiman (empat, kiri) disaksikan yang lain.

LIMBANG: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Limbang ( JPBDL) kini bersedia untuk menangani masalah rabies yang kini dilihat  sebagai bencana.

Pengerusi JPBDL Sulaiman Engal berkata, pihaknya bersedia bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan veterinar untuk mengawal penularan virus itu.

“Meskipun belum terkesan, kami di peringkat daerah merapikan persiapan dan kerjasama bersama agensi berkaitan bagi mengawal penyakit berkenaan.

“Pada masa sama, kita mohon penduduk yang ada anjing peliharaan supaya segera ke jabatan veterinar untuk mendapatkan suntikan rabies demi keselamatan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penangguhan Kursus Pengukuhan Kemalangan Trafik Jalan Raya (RTA) Zon Tujuh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, hari ini.

Turut sama, Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan, Ketua BBP Limbang Chong Bui Chyan, Ketua BBP Lawas Azman Ibrahim, Pegawai Penyiasatan Kebakaran Zon Tujuh Clarence D.Primus Tiandun dan Ketua  Bahagian Keselamatan Kebakaran Zon Limbang Zaki Husin.

Selain berdepan isu rabies, pihak jawatankuasa juga bertindak membantu penduduk yang berdepan masalah bekalan air bersih.

Sulaiman memberitahu beberapa kawasan  rumah panjang di daerah ini sudah menerima bantuan agihan bekalan air bersih melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Limbang susulan cuaca panas pada masa ini.

Bantuan bekalan air telah dihantar ke Kampung Long Beti, Rumah Helen, Kampung Pa Sebiling, Rumah Bujang Rantau Kiran, Rumah John dan Rumah Mual.

Mengulas mengenai program RTA katanya, kursus itu mampu memantapkan lagi kemahiran anggota bomba ketika mengendali peralatan yang digunakan oleh anggota semasa tugas menyelamat ketika kemalangan.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: UTS tambah kakitangan tampung peningkatan jumlah pelajar
Next: Regata Baram Marudi ditunda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.