Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jaslinda akan perjelas spekulasi selepas berehat
  • NASIONAL

Jaslinda akan perjelas spekulasi selepas berehat

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENDAKI wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, dibenarkan keluar dari Hospital Tapah hari ini selepas menerima rawatan selama tiga hari. Foto BERNAMA

TAPAH: Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, dibenarkan pulang hari ini selepas menerima rawatan selama tiga hari di Hospital Tapah.

Jaslinda, 49, yang meninggalkan hospital kira-kira 1.50 tengah hari ini, kelihatan berjalan menggunakan tongkat dengan kaki kirinya berbalut, sebelum menaiki kenderaan Honda City dipandu suaminya untuk pulang ke ibu kota.

Ketika ditemui pemberita, Jaslinda melahirkan rasa syukur atas keadaan kesihatannya yang semakin baik serta merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan keselamatannya.

“Alhamdulillah, saya sihat. Terima kasih banyak. Terima kasih semua atas titipan doa buat saya dan saya sangat-sangat menghargainya.

PENDAKI wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, dibenarkan keluar dari Hospital Tapah hari ini selepas menerima rawatan selama tiga hari. Jaslinda yang ditemui pemberita ketika meninggalkan hospital kira-kira 1.50 tengah hari dilihat berjalan menggunakan tongkat dan berbalut kaki kirinya sebelum menaiki kenderaan Honda City yang dipandu suaminya untuk pulang ke rumah. Foto BERNAMA

“Saya juga nak memohon maaf kepada semua kerana telah menyusahkan banyak pihak sepanjang insiden ini, minta maaf dan terima kasih semua,” katanya.

Mengenai pelbagai dakwaan dan spekulasi yang timbul sepanjang kehilangannya, Jaslinda berkata dia akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu pada masa sesuai.

PENDAKI wanita Jaslinda Saludin, 49, menjawab pertanyaan wartawan ketika dibenarkan keluar selepas menjalani rawatan di Hospital Tapah hari ini. Jaslinda yang ditemui pemberita ketika meninggalkan hospital kira-kira 1.50 tengah hari dilihat berjalan menggunakan tongkat dan berbalut kaki kirinya sebelum menaiki kenderaan Honda City yang dipandu suaminya untuk pulang ke rumah. Foto BERNAMA

“Kenyataan media kemudian nanti saya bagi tahu. Yang benda-benda tu semua yang dengar tu fitnah dan tidak betul, nanti saya bagi kenyataan,” katanya yang mahu berehat dan memulihkan keadaan kesihatannya.

Sementara itu, suami Jaslinda, Haszman Othman, 61, berkata pengalaman dilalui isterinya wajar menjadi titik perubahan kepada penganjur aktiviti pendakian untuk memperkukuh aspek keselamatan peserta.

PENDAKI wanita Jaslinda Saludin, 49, menjawab pertanyaan wartawan ketika dibenarkan keluar selepas menjalani rawatan di Hospital Tapah hari ini. Jaslinda yang ditemui pemberita ketika meninggalkan hospital kira-kira 1.50 tengah hari dilihat berjalan menggunakan tongkat dan berbalut kaki kirinya sebelum menaiki kenderaan Honda City yang dipandu suaminya untuk pulang ke rumah. Foto BERNAMA

Menurutnya, antara langkah boleh dipertimbangkan ialah menetapkan syarat penyertaan lebih ketat termasuk mewajibkan pemeriksaan kesihatan dan mengehadkan penyertaan mengikut faktor umur bagi mengurangkan risiko kecemasan ketika berada di kawasan pergunungan.

“Syarat perlu diperketat, mungkin had umur bawah 45 tahun dan perlu ada laporan kesihatan sebelum dibenarkan menyertai aktiviti, jika tidak, ia boleh menyusahkan banyak pihak,” katanya.

Pada masa sama, Haszman berkata minat Jaslinda terhadap aktiviti mendaki masih kekal meskipun berdepan pengalaman mencemaskan selepas tersesat di kawasan hutan selama dua minggu.

PENDAKI wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, dibenarkan keluar dari Hospital Tapah hari ini selepas menerima rawatan selama tiga hari. Jaslinda yang ditemui pemberita ketika meninggalkan hospital kira-kira 1.50 tengah hari dilihat berjalan menggunakan tongkat dan berbalut kaki kirinya sebelum menaiki kenderaan Honda City yang dipandu suaminya untuk pulang ke rumah. Foto BERNAMA

“Bagaimanapun sebarang aktiviti pendakian yang disertai isteri saya selepas ini perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati. Boleh, tapi kena bawa anak-anak dan kena lebih berjaga-jaga,” katanya.

Sabtu lepas, Jaslinda ditemukan dalam keadaan lemah berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh kira-kira 5.00 petang oleh seorang penduduk kampung.

Wanita itu dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman pada 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh bersama-sama 13 individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP).- Bernama

Continue Reading

Previous: Kejayaan urus isu kewarganegaraan antara pencapaian paling memuaskan di KDN – Saifuddin
Next: Penyelam Malaysia banggakan negara menerusi misi SAR gua Laos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.