Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jasad mendiang Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan
  • NASIONAL

Jasad mendiang Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan

Utusan Sarawak 7 hours ago
JASAD mendiang bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di krematorium Taman Memorial Xiao En, di sini hari ini. Terdahulu kenderaan yang membawa jasad mendiang tiba di krematorium itu pada 12.18 tengah hari. Upacara hampir sejam itu berlangsung dalam suasana hiba, dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat termasuk Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang turut memberikan penghormatan terakhir dengan meletakkan bunga untuk mendiang. Foto BERNAMA

AHLI keluarga dan rakan terdekat memberikan penghormatan terakhir dengan meletakkan bunga kepada mendiang Tun Dr Ling Liong Sik, bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seumur Hidup MCA, sebelum upacara pembakaran di krematorium Taman Memorial Xiao En hari ini. Foto BERNAMA

NILAI: Jasad mendiang bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di krematorium Taman Memorial Xiao En, di sini hari ini.

Terdahulu van yang membawa jasad mendiang tiba di krematorium itu pada 12.18 tengah hari.

Upacara hampir sejam itu berlangsung dalam suasana hiba, dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat termasuk Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang turut memberikan penghormatan terakhir dengan meletakkan bunga untuk mendiang.

PRESIDEN MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Tun Dr Ling Liong Sik, bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seumur Hidup MCA, sebelum upacara pembakaran di krematorium Taman Memorial Xiao En hari ini. Foto BERNAMA

Dr Ling meninggal dunia pada usia 82 tahun, Sabtu lepas, meninggalkan isteri Toh Puan Ong Ee Nah serta dua cahaya mata lelaki Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.

Bekas Presiden MCA itu antara anggota Kabinet paling lama berkhidmat ketika menerajui Kementerian Pengangkutan selama 17 tahun dari 1986 hingga peletakan jawatan beliau pada 2003.- Bernama

Continue Reading

Previous: Subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan bukan “pilih kasih”
Next: Bekerja dari rumah: Beri penjimatan atau kerugian kepada pekerja?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.