Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Jasad ditemui nelayan pagi tadi disahkan Tuah Bujang
  • KEMALANGAN

Jasad ditemui nelayan pagi tadi disahkan Tuah Bujang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
POLIS telah mengesahkan seorang daripada dua mangsa bot karam tiga hari lalu dikenal pasti sebagai Tuah Bujang. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Misteri mayat terapung yang ditemui nelayan di perairan Kabong pagi tadi akhirnya terjawab apabila ia disahkan sebagai Tuah Bujang, 57, yang dilaporkan hilang bersama anaknya sejak tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, pengesahan identiti dibuat isteri dan anak mangsa di Unit Forensik Hospital Saratok.

“Jasad ditemui kira-kira 9.58 pagi, sejauh 3.4 batu nautika dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang,” katanya.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa, Muhammad Aiman Tuah, 24, yang juga anak kepada arwah, masih belum ditemui sehingga kini.

Sementara itu, Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan petang tadi melibatkan pelbagai agensi penyelamat.

SAR hari ini katanya membabitkan seramai 53 anggota daripada JBPM, Polis Diraja (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan (RELA) , Pasukan Gerakan Udara (PGU) serta Pasukan Bomba Sukarela Kabong.

Sebanyak enam aset bot dan satu unit dron digunakan dalam operasi pencarian seluas 77.54 batu nautika persegi. Setakat ini, selain bot mangsa yang ditemui pada hari pertama operasi, pasukan turut menjumpai tong minyak dan jaket keselamatan di kawasan Laut Muruh.

Menurut beliau, operasi SAR ditangguhkan pada 5.00 petang tadi dan akan disambung semula esok.

“Operasi SAR akan diteruskan pada 8.00 pagi esok dengan tumpuan kita adalah untuk terus melakukan pencarian bagi mengesan anak mangsa dikenali sebagai Muhammad Aiman Tuah yang masih gagal ditemui sehingga kini,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Identiti jasad ditemui belum dikenal pasti
Next: Pejalan kaki cedera dirempuh kereta di Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.