
LAWAS: Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan notis larangan pembakaran terbuka di kawasan penempatan semula Kampung Banting Fasa IV, di sini.
Notis itu dikeluarkan susulan kejadian pembakaran lot tanah penempatan yang dikesan di kawasan tersebut.
Melalui pemantauan Utusan Sarawak mendapati kebakaran telah dilakukan di beberapa lot penempatan yang telah merebak ke kawasan lain.
Cuaca panas dan kering yang sedang melanda telah menyaksikan kawasan Banting menjadi kawasan yang sering berlaku kebakaran akibat pembakaran secara sengaja yang gagal dikawal pemilik tanah di kawasan berkenaan.
Sehubungan itu, pihak JAS juga dilihat kerap melakukan rondaan bagi mencegah kejadian pembakaran terbuka yang dilakukan secara sewenang-wenangnya.
Oleh Adeng Edrus