Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jaringan menakjubkan Yamal, bawa Barcelona menjuarai La Liga ke-28
  • SUKAN

Jaringan menakjubkan Yamal, bawa Barcelona menjuarai La Liga ke-28

Utusan Sarawak 1 day ago

Yamal (kanan) merembat masuk gol pembukaan Barcelona ketika menewaskan Espanyol 2-0, awal pagi tadi. Foto AFP

BARCELONA: Jaringan menakjubkan Lamine Yamal membantu Barcelona merangkul kejuaraan La Liga dengan kemenangan 2-0 ke atas seteru setempat, Espanyol, awal pagi tadi.

Kemenangan itu memastikan Real Madrid tidak dapat mengejar mereka di puncak carta liga.

Usaha cemerlang Yamal dan jaringan Fermin Lopez memastikan pasukan kendalian Hansi Flick tujuh mata di depan Real dengan hanya dua perlawanan berbaki, sekali gus memastikan kejuaraan La Liga ke-28 Barcelona dan melengkapkan treble domestik yang mengagumkan.

Hanya Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang terlepas daripada genggaman skuad muda Barcelona yang penuh semangat musim ini, ketika mereka menjuarai liga buat kali kedua dalam tempoh enam tahun dan ia sekali lagi dilakukan di gelanggang Espanyol seperti pada 2023.

Pada waktu itu, pemain Barcelona yang meraikan kejayaan terpaksa melarikan diri dari padang setelah dikejar penyokong tuan rumah yang marah. 

Namun kali ini, Espanyol membuka alat penyembur air bagi membasahi pasukan pelawat yang bersorak gembira, sebelum mereka segera masuk ke terowong bilik persalinan.

Yamal membuka jaringan pada minit ke-53 dalam pertembungan derbi yang tegang dengan satu rembatan melencung yang cantik, sebelum Lopez menambah gol kedua pada minit ke-95 untuk memastikan kemenangan.

“Sudah tiba masanya untuk meraikan,” kata jurulatih Barca, Flick, yang turut menyatakan beliau akan menuntut lebih banyak lagi daripada pasukannya musim depan.

“Ia sudah menjadi DNA kami (untuk terus belajar), ini sesuatu yang normal dan inilah yang saya mahukan daripada pemain supaya mereka sentiasa cuba untuk menjadi lebih baik dan sentiasa mempunyai rasa lapar untuk berjaya, itu sangat penting.”

Di luar stadium sebelum perlawanan, beberapa penyokong Espanyol dilaporkan dilanggar oleh sebuah kereta yang memecut ke arah kumpulan besar orang ramai, namun tiada kecederaan serius dilaporkan dan pihak polis mengatakan ia kelihatan seperti satu kemalangan.

Barcelona hampir sahaja mengesahkan kejuaraan mereka pada Rabu, tetapi Real Madrid meraih kemenangan saat akhir 2-1 pada minit ke-95 menentang Mallorca untuk menangguhkan perayaan itu.

Pasukan Flick bermula dengan perlahan di Cornella, manakala Espanyol yang berada di kedudukan ke-16 kelihatan berbahaya menerusi serangan balas dan bertekad untuk terus kekal dalam saingan liga utama.

Wojciech Szczesny melakukan satu penyelamatan cemerlang bagi menafikan cubaan Javi Puado yang berjaya melepasi benteng pertahanan dan ia peluang terbaik Espanyol dalam separuh masa pertama.

Barcelona menguasai permainan, tetapi gagal mencipta peluang yang benar-benar berbahaya sepanjang babak pertama. – AFP

Continue Reading

Previous: Perjuangan Sivasangari terhenti di Chicago
Next: KASUMeS wajar dijadikan acara tahunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.