Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JAPEN umum diskaun 50 peratus AirAsia untuk pengamal media
  • NASIONAL

JAPEN umum diskaun 50 peratus AirAsia untuk pengamal media

Utusan Sarawak 3 days ago

KUALA LUMPUR: Pengamal media tempatan yang memegang Kad Perakuan Media (KPM) Jabatan Penerangan (JAPEN), perlu mendapatkan kod promosi unik untuk menebus insentif diskaun 50 peratus bagi tiket penerbangan AirAsia.

Menurut soalan-soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan JAPEN, kod promosi boleh diperoleh dengan melengkapkan borang permohonan dan menghantarnya kepada JAPEN melalui e-mel inisiatifmedia@inform.gov.my.

Setelah menerima kod promosi, pemegang KPM boleh melayari laman web www.airasia.com atau membuka aplikasi AirAsia untuk membuat tempahan tiket antarabangsa ke mana-mana 56 destinasi ASEAN yang tersenarai.

Semasa pembayaran, kod yang diterima perlu dimasukkan pada ruangan Promo Code bagi mendapatkan diskaun 50 peratus daripada tambang asas.

“Kod Promosi akan dihantar kepada pemohon dalam tempoh tiga hari bekerja,” menurut FAQ itu.

Menurut JAPEN, promosi berkenaan layak ditebus pemegang KPM berstatus warganegara Malaysia yang telah berdaftar sebelum atau pada 4 Jun lepas dan masih sah tempoh KPM sewaktu tempahan tiket penerbangan dibuat, terhad kepada pembelian 12,000 tempat duduk terawal.

Tempoh tempahan dibuka hingga 31 Disember ini bagi tempoh penerbangan bermula 1 April hingga 6 September 2026, kecuali pada cuti umum dan cuti sekolah.

“Sebarang penukaran tarikh atau destinasi selepas tempahan hanya dibenarkan mengikut terma dan syarat AirAsia, dan mungkin dikenakan caj tambahan,” menurut FAQ itu.

Selain itu, JAPEN memaklumkan kod promosi yang diberikan hanya terpakai untuk tambang asas bagi satu tiket pemegang KPM dan tidak meliputi caj tambahan seperti bagasi, makanan, pilihan tempat duduk, cukai lapangan terbang dan fi perkhidmatan lain.

“Tawaran diskaun 50 peratus ini hanya sah untuk pemegang KPM dan tidak boleh dipindah milik,” menurut JAPEN.

Pengamal media yang memerlukan maklumat lanjut semasa proses penebusan boleh menghubungi pegawai JAPEN melalui talian 03-8911 7381 atau 03-8911 7382, serta menyemak status dan mengemas kini maklumat KPM melalui portal emedia.penerangan.gov.my.

Inisiatif itu hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dengan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia, bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia yang diumumkan semasa sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 pada 14 Jun lepas.– Bernama

Continue Reading

Previous: 13 projek solar diluluskan di bawah LSS PETRA 5+, termasuk loji terapung terbesar
Next: 10,000 lampu jalan terangi Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.