Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jangan terpedaya akaun TikTok palsu Tengku Ampuan Pahang
  • TEMPATAN

Jangan terpedaya akaun TikTok palsu Tengku Ampuan Pahang

Utusan Sarawak 2 days ago
FOTO Facebook Kesultanan Pahang

KUANTAN:  Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu yang menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Pahang telah mengesan akaun dengan nama ‘Tengku Ampuan Pahang’ yang menyamar sebagai baginda dan membuat beberapa hantaran berkaitan Tunku Azizah.

“Tengku Ampuan Pahang hanya memiliki akaun sosial yang aktif di aplikasi Instagram, namun ia bersifat peribadi,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang hari ini. 

Sebarang aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan satu akaun sah di laman Facebook Kesultanan Pahang dengan kira-kira 728,000 pengikut.

Platform media sosial lain seperti Instagram, TikTok, Youtube dan aplikasi X hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang, manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jambatan Bintulu-Jepak kini rasmi dinamakan Jambatan Tun Taib Mahmud
Next: Drainage upgrade project at Lorong Stampin Barat 4 begins, bringing relief to local residents

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.