Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang 
  • BISNES

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang 

Utusan Sarawak 3 months ago

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) yang baharu berinpirasikan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, dipilih lapangan terbang terbaik dunia pada 2021. Gambar di bawah lokasi Tanjung Embang.  

KUCHING: Pemilik tanah di sekitar kawasan Tanjung Embang iaitu lokasi lapangan terbang antarabangsa baharu Sarawak akan datang, dinasihatkan tidak terburu-buru menjual tanah mereka buat masa ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ini kerana, harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus apabila kawasan terbabit sudah dilengkapi infrastruktur dan prasarana.

“Jadi pertahankan tanah di situ. Jangan terlalu teruja menjualnya sekarang hanya untuk meraih keuntungan cepat, kerana ada yang sudah buat begitu apabila pembeli memberi tawaran harga dua kali ganda.

“Tanjung Embang dianggap sebagai kawasan dalam lingkaran bandar, namun belum ada prasarana dan jalan raya lengkap untuk menghubunginya (dari bandar Kuching)… saya dengar-dengar tanah kawasan itu mampu melonjak hingga ratusan ribu ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita  selepas mengetuai rombongan membuat kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di sini hari ini. 

Terletak di Bahagian Samarahan, lapangan terbang antarabangsa baharu itu dilaporkan akan dibina mengikut model lapangan terbang di Doha, Qatar dan dilengkapi kemudahan canggih bagi mengendalikan jumlah penumpang lebih ramai.

Sementara itu, Abdul Karim menasihatkan pemilik tanah di kawasan luar bandar juga untuk tidak terlalu ghairah menjual tanah mereka, sekiranya kawasan itu belum dilengkapi infrastruktur seperti jambatan dan jalan raya.

“Setiap kali ada projek pembangunan contohnya jambatan atau jalan raya, sama ada ia terletak di bandar atau luar bandar, mesti ramai orang akan mencari tanah di tempat itu.

“Kita dapat lihat Jambatan Batang Lupar, jambatan di Batang Sadong dan Sebuyau juga harga tanah di situ meningkat selepas adanya pembinaan sedemikian,” katanya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Next: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.